Baru-baru ini, ramai rakyat Malaysia telah meluahkan rasa kecewa mereka sebab tak dapat nak register vaksin AstraZeneca gara-gara laman web yang bermasalah. Ramai juga yang kata website tu macam tak membantu sebab butang negeri tak dapat ditekan.
Namun, di Thailand pula, pihak kerajaan mereka telah membuka peluang kepada penduduk tempatan yang tinggal di Bangkok untuk mendaftar vaksin dengan cara yang lebih mudah iaitu di kedai serbaneka.
Memetik laporan Thai PBS World, kaedah pendaftaran di kedai serbaneka seperti 7-Eleven ini diwujudkan untuk memudahkan mereka berumur 18 hingga 59 tahun yang tidak mempunyai telefon pintar untuk mendaftar.
Difahamkan, penduduk boleh menggunakan kad pengenalan diri untuk mendaftar dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang. Selain 7-Eleven, warga Bangkok juga boleh mendaftar di FamilyMart, Mini Big C dan Tops Daily Mini Supermarket.
A man registers for the #COVID19 vaccine at a 7-Eleven today in #Bangkok. Starting Thursday, citizens aged 18–59 were able to register for vaccination at 7-Eleven, FamilyMart, Tops Daily, and Big C Mini branches across Bangkok. #KE pic.twitter.com/g7UpHKH5aT
— Khaosod English (@KhaosodEnglish) May 28, 2021
Menurut laman web The Smart Local pula, perkhidmatan ini disediakan di semua cawangan 7-Eleven di seluruh Bangkok. Staf kedai juga sedia membantu just in case ada sebarang masalah.
Cara-caranya pun senang je. Individu yang nak daftar perlu membawa kad pengenalan dan telefon bimbit dan tunjukkannya kepada staf. Kemudian, isi semua maklumat diri di laman web berkenaan. Lepas tu, tunjukkan kod enam digit OTP yang telah dihantar ke telefon bimbit masing-masing kepada staf tersebut.
Individu yang telah berjaya mendaftar akan menerima mesej tentang butiran tarikh dan masa untuk menerima suntikan vaksin. Senang je kan?
Mungkin Malaysia pun boleh guna cara yang sama jugak. Sekurang-kurangnya, golongan yang tak begitu mahir dalam teknologi boleh register vaksin dengan mudah.
Sumber: The Smart Local, Thai PBS World, Twitter
Baca: Daerah Di Thailand Ini Beri Insentif Anak Lembu & Emas Untuk Rakyat Daftar Vaksin COVID-19