in

“Mengigau kot”- Wanita Terkejut Lihat Rakan Sebilik Duduk Atas Peti Sejuk Dalam Gelap

Peti Sejuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tinggal di rumah sewa beramai-ramai bukanlah sesuatu yang asing lagi pada zaman kini.  Ya la kan, nak sewa sebuah rumah untuk kita tinggal seorang je memang susah sebab mahal kan. 

Namun, seorang wanita dipercayai di Thailand ini pula hampir gugur jantung apabila dia terkejut melihat rakan sebiliknya tiba-tiba duduk di atas peti sejuk sebaik dia membuka mata apabila terjaga daripada tidur.


Memetik laporan laman web Thaiger, wanita tersebut yang terkejut kemudiannya meminta nasihat daripada warganet negara itu dengan apa yang patut dilakukannya setelah melihat rakan sebiliknya berperangai aneh.

6 2

Artikel Berkaitan: “Dulu pakai mic bluetooth, sekarang…” – Aksi Bapa Kejut Anak Sahur Guna ‘Speaker’ Beroda Bikin Netizen Terhibur

Artikel Berkaitan: “Macam BF kejutkan!” – Buat Hal! Gadis Mengigau Tak Sangka ‘Call’ Mak Kawan Bangun Sahur

Lagi menakutkan, rakan sebiliknya yang berambut panjang itu duduk bertenggek di atas peti sejuk itu dalam keadaan gelap kerana lampu tidak dibuka dan hanya ada cahaya samar-samar sahaja dipercayai dari lampu tidur.

Jadi, rakan sebiliknya itu dilihat seperti lembaga hitam dan itu sememangnya menakutkan.

Peti Sejuk

Meskipun terkejut dan takut, difahamkan wanita itu masih sempat mengambil gambar kejadian itu sebelum ia dimuat naik di laman sosial untuk meminta pandangan daripada warganet.

Gambar tersebut kemudiannya telah menjadi perhatian ramai dan ramai yang berpendapat mungkin rakan sebiliknya itu mengigau atau sleep walking.

Tak kurang juga ada yang bergurau mungkin rakan sebilik wanita itu menjadi begitu kerana takut dengan lipas yang ada di atas lantai bilik terbabit.

Ada juga yang bergurau dengan menyamakannya seperti watak Spiderman.

Kalau korang pulak, apa yang korang akan buat kalau roommate korang tiba-tiba duduk atas peti ais dalam gelap? 

Sumber: Thaiger

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.