in

Daerah Di Thailand Ini Beri Insentif Anak Lembu & Emas Untuk Rakyat Daftar Vaksin COVID-19

Feature 1 4 E1621753394548

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun semakin ramai rakyat Malaysia yang sedar akan kepentingan vaksin dalam melawan COVID-19, tak dinafikan jugak masih ada segelintir yang menolak suntikan vaksin ni sebab percaya ia hanyalah agenda Yahudi untuk merosakkan umat Islam.


Mungkin kita boleh cuba guna cara yang dibuat oleh pihak kerajaan Thailand sebab menurut Reuters, beberapa daerah di negara itu telah menyediakan insentif untuk penduduknya yang mendaftar vaksin COVID-19.

Vaksin Thai 1
Gambar sekadar hiasan

Difahamkan, penduduk yang telah mendaftar vaksin di daerah Mae Chaem di Chiang Mai akan dipilih secara rawak untuk memenangi seekor anak lembu. Seorang pemenang akan dipilih setiap minggu. Kiranya, dorang guna konsep cabutan bertuah. 

Mungkin ada yang anggap kaedah ini kelakar namun sebenarnya ia berhasil menarik minat penduduk untuk mendaftarkan diri untuk program vaksinasi. Boonlue Thamtharanurak iaitu ketua daerah tersebut memberitahu Reuters, jumlah mereka yang mendaftar meningkat mendadak dalam masa beberapa hari sahaja.

Kempen pemberian hadiah untuk yang mendaftar vaksin ini dikatakan akan berlangsung selama 24 minggu.

Lembu
Gambar sekadar hiasan

Rupanya, penduduk kawasan itu memang suka haiwan ternakan seperti lembu sebab boleh menjana pendapatan. Selain itu, daerah-daerah lain di negara itu juga seperti di Phon, Khon Kaen pula menyediakan emas untuk mereka yang mendaftar, lapor BERNAMA.

Yang lagi best, penduduk juga berpeluang untuk mendapat diskaun khas di restoran dan kedai makan terpilih jika mereka telah mendaftar vaksin. Namun, bukan semua jugak dapat hadiah-hadiah ini sebab katanya pihak yang terlibat akan pilih pemenang yang bertuah sahaja.

Apa pendapat korang kalau kerajaan Malaysia guna kaedah yang sama jugak untuk ajak masyarakat kita dapatkan suntikan vaksin? Apa-apa pun, untuk korang yang belum daftar tu, jangan lupa register dengan segera tau. 

Sumber: CNN, BERNAMA, Reuters

Baca: Thailand Benarkan Pelancong Masuk Mulai Julai 2021, Ini Syarat Yang Kaki Travel Perlu Tau!

Vaksin Thai

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.