in

Pameran Attack On Titan : The Final Exhibition Dah Tiba Di KL, Ini Apa Yang Menarik

Ft Attack On Titan

Shinzou wo Sasageyo! Selepas perjalanan global yang memikat penggemar manga seluruh dunia, pameran ‘Attack on Titan : The Final’ kini tiba di Malaysia dan ini adalah peluang keemasan para peminat untuk mendalami dunia Titan dan seterusnya meraikan legasi salah satu karya manga ikonik sepanjang zaman!

Dihasilkan oleh Hajime Isayama, Attack on Titan atau AoT ini menceritakan kisah protagonist Eren Yeager, Mikasa Ackerman dan Armin Arlet berlatarkan dunia di mana manusia terpaksa tinggal di bandar yang dikelilingi oleh tembok besar demi keselamatan mereka daripada humanoid kanibal gergasi yang dikenali sebagai Titan.

Fenomena AoT seluruh dunia menyebabkan manga tersebut mencatat jualan lebih 140 juta salinan seluruh dunia dan buat julung kalinya, Pameran Attack on Titan : The Final diadakan di Kuala Lumpur selepas kejayaan pameran tersebut di peringkat global.

434063133 122116831016233330 3736003806901117940 N

Dianjurkan oleh Ace Media Network, Tendic, AniManGaki dan Incubase Studio, pameran ini diadakan di Aras 2, Fahrenheit88 dari 25 April hingga 21 Julai 2024.

Menarik di Pameran Attack on Titan : The Final

Perlu korang ketahui, pameran ini merupakan pameran yang menceritakan keseluruhan perjalanan manga AoT. Jadi, adalah disarankan supaya korang tonton atau baca manga sampai habis sebelum ke sini untuk mengelakkan sebarang spoiler.

Secara ringkasnya, pameran ini membawa pengunjung menjalani susur cerita AoT daripada permulaan hingga akhir.

Dasar Pilihan Kemanusiaan

Section Bg 2

Pada permulaan ‘perjalanan’, pengunjung akan diminta sama ada memilih kesetiaan mereka sama ada ‘Di Dalam Tembok’ mahupun memilih untuk berada ‘Di Luar Tembok’. Secara tidak langsung, korang berpengalaman untuk menghayati pameran dari sudut pandang yang berbeza dan membuatkan korang berada dalam dunia AoT.

Lebih 180 Barang Pameran

Selain dari jalan penceritaan, korang bakal teruja dengan pameran lebih 180 keping replika manuskip manga AoT yang membolehkan korang lebih menghayati dan menyelami sendiri pandangan dari sebalik tabir penciptaan AoT daripada idea tercetusnya manga sehingga tamat.

Img 0844 E1714356492101

Copy Of Img20240424132234

Img 0845 E1714355305788

Img 0882

Img 0900 E1714355361734

Img 0864

Jangan lepaskan peluang untuk merakam gambar mahupun video sekiranya korang ‘terserempak’ dengan beberapa Titan bersaiz sebenar di dalam pameran, pakaian, props dan diorama yang dihasilkan.

Tayangan Pertempuran Titan

Selain daripada pameran prop serta diorama, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan tayangan yang disajikan di pawagam mini 2D yang unik, dilengkapi dengan prop 3D.

Img 0838 1

Whatsapp Image 2024 04 29 At 09.46.58 E1714355449984

Secara tak langsung, ia memberikan cerapan mendalam tentang pertempuran yang epik dalam siri tersebut.

Aktiviti Interaktif

Pengunjung akan ‘sertai’ Cadet Corps dan mempunyai misi untuk mengumpul 9 cop di stesen yang disediakan selepas setiap ‘segmen’ atau tema pameran.

Img 0861

Setelah kesemua cop berjaya dikumpulkan, setiap kadet yang ‘tamat latihan’ akan diberikan 3 pilihan sama ada untuk sertai Rejimen ‘Scouts’, ‘Garrison’ ataupun ‘Military Police’ sebelum dianugerahkan dengan sijil kehormat sebagai tanda tamat latihan.

Img 0270

Kafe Kolaborasi 

Perjalanan epik sepanjang pameran pastinya membuatkan korang haus dan lapar, jadi sebuah kafe kolaborasi turut dibuka dengan penampilan menu khas sempena Pameran Attack on Titan : The Final di Kuala Lumpur ini.

Barangan Rasmi

Tidak lengkap sebuah pameran sekiranya tidak ada jualan merchandise rasmi pameran. Antara yang menarik adalah pocket file, tuala muka, t-shirt dan macam-macam lagi!

Img 0934 Img 0937

Tiket bernilai RM 55 boleh didapati di Ticket2U dan juga Incutix.

Maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Pameran Attack on Titan : The Final atau layari laman sosial rasmi pameran di Facebook ataupun Instagram.