in

Pakar Dedah Punca Kes Positif Covid-19 Di Malaysia Cecah Tiga Angka, Ini Rupanya Yang Berlaku

Cc 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media berkaitan kemaskini kes Covid-19 di Malaysia memaklumkan bahawa berlaku peningkatan kes yang agak mendadak iaitu sebanyak 100 kes.


Peningkatan kes sebanyak tiga angka ini menjadi persoalan dalam kalangan masyarakat apakah puncanya dan adakah Perintah Kawalan Pergerakan akan dilaksanakan semula.

Hal ini ada dijelaskan oleh Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pensyarah Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Safiya Amaran menerusi Sinar Plus yang memaklumkan bahawa punca berlakunya peningkatan kes positif ini adalah kerana ‘Missing Link’.

C 2

 

‘Missing Link’ adalah punca wabak ini merebak secara tersembunyi 

Missing link berlaku apabila mereka yang sebenarnya pernah menjadi kontak kepada kes tidak dapat dikesan. Ini menyebabkan punca kes Covid-19 ini tersebar secara tersembunyi,

Beliau memberikan contoh, Kluster Sivagangga walaupun dimaklumkan sudah tamat, tetapi kluster-kluster lain di wilayah Utara masih aktif.

“Bezanya hanya pada nama kluster sahaja. Hakikatnya sebaran penyakit masih berlaku di dalam komuniti”

“Mungkin jumpa di kedai, stesen minyak atau di mana-mana sahaja tanpa disedari.”

C2 1 2

Beliau memberitahu sukar untuk mengenal pasti penyebaran wabak ini kerana ada yang dijangkiti Covid-19 tetapi tidak mengalami sebarang gelaja.

Kemudiannya mereka bebas melakukan aktiviti seharian dan tanpa sedar mereka telah menyebarkan virus kepada orang lain di sekitar mereka.

“Munculnya banyak kluster di wilayah Utara menunjukkan virus ini sudah ada di dalam komuniti.”

 

Hentikan seketika aktiviti sosial

Dr. Safiya berkata jika tidak ada sekatan buat sementara bagi aktiviti sosial, kenduri, jamuan, kursus, kempen politik dan semua yang melibatkan perkumpulan dan interaksi ramai orang, usaha untuk memerangi wabak ini akan menjadi lebih sukar dan mungkin akan menemui jalan kegagalan.

C1 1 4

“Untuk bantu supaya kawalan wabak menjadi lebih efisien dan efektif, adalah perlu untuk hadkan aktiviti berkumpulan kepada aktiviti asas seperti bekerja dan berniaga. Interaksi sosial yang lain patut ditangguhkan lebih dahulu atau dihadkan bilangannya”

Berdasarkan jumlah kes tempatan semalam, sebanyak 100 kes positif dicatatkan dengan 85 kes penularan tempatan. Kedah dan Sabah mencatatkan kes tempatan tertinggi iaitu masing-masing dengan jumlah 22 dan 32.

Berkenaan isu pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan, masih belum ada pernyataan rasmi dari pihak kerjaan. Namun diharapkan agar kita sentiasa mematuhi perintah penjagaan diri yang telah ditetapkan agar tiada lagi peningkatan kes yang mendadak.

 

Baca: [TERKINI] Naik Tiga Angka! 100 Kes Baru, 12 Kes Sembuh & TIADA Kes Kematian Baru

Pkp7

Sumber: Nona

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.