Sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia untuk tahun ini, sesetengah sekolah mengetengahkan tema kerjaya untuk memeriahkan sambutan ini.
Mengikut minat dan cita-cita, semua murid bersemangat menggayakan pelbagai jenis pakaian yang bersesuaian mengikut tema.
Namun, kisah yang dikongsikan oleh seorang bapa di media sosial telah mendapat perhatian ramai apabila anak perempuannya menjadikan kerjayanya sebagai tema kerjaya pilihan.
Artikel berkaitan: “Akal anak syurga” – Cikgu Kena ‘Prank’ Dengan Pelajar Istimewa, Rupanya Nak ‘Surprise Birthday’
Artikel berkaitan: “Didikan terbaik!” – [VIDEO] Netizen Terharu Anak Bangga Tonjol Kerjaya Ayah Di Sekolah
Menerusi video yang dimuat naik oleh @roy_scott76 di TikTok, anaknya memilih untuk memakai pakaian pemandu kereta untuk mengikut tema kerjaya yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Ketika diminta guru ke depan, murid Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam itu, dengan bangganya memberitahu seluruh kelas bahawa ayahnya bekerja sebagai pemandu.
@roy_scott76 TERIMA KASIH KAKAK Terima kasih Kakak kerana berbangga dengan Babah..Babah cuma menumpang rezeki Kakak.. Babah masih ingat waktu Ummi mengandungkan Kakaklah,Babah dpt kerja ni.. Terima kasih syg,Babah syg Kakak dan Adik dunia akhirat.. ***Terima kasih pihak sekolah yg beri peluang pada sy utk beri kejutan buat anak di HARI KANAK² BERTEMAKAN KERJAYA.. #harikanakkanak #kerjaya #kerjayaberseragam #kerjayaberuniform #shuberhebat #sekkebhulubernam #anakbabah#fyp
“Saya pakai pakaian seragam ini kerana saya bangga dengan bapa saya,” katanya.
Tidak lama selepas itu, murid tersebut terperanjat sebelum berlari memeluk bapanya yang tunggu di luar kelas membuat kejutan.
“Terima kasih kakak kerana berbangga dengan Babah. Babah cuma menumpang rezeki kakak. Babah masih ingat waktu Ummi mengandungkan kakak, Babah dapat kerja ni,” tulisnya di ruangan kapsyen.
@ejaabdullah_ : Kejutan buat Kakak di sekolah sempena HARI KANAK² BERTEMAKAN KERJAYA.. ALHAMDULILLAH jgn menangis syg, BABAH dh buat yg terbaik utk Kakak dan keluarga kecil kita Terima kasih Babah atas penat lelah dan keringat buat keluarga kecil kita❤ #harikanakkanak #kerjaya #driver #husband #babah #fyp
Bercakap kepada Lobak Merah, ibu kepada murid tersebut menyatakan anaknya sendiri memilih untuk memakai pakaian seragam itu untuk didedikasikan kepada bapanya yang bekerja sebagai pemandu peribadi.
Menurut Eja Abdullah, dia dan suaminya hidup sebagai pasangan perkahwinan jarak jauh (PJJ). Justeru, anaknya yang bernama Keisha Rose, 9, jarang berjumpa dengan bapanya.
“Keisha antara murid yang selalu terima anugerah di sekolah, tapi hanya saya dan nenek dia sahaja yang hadir. Jadi untuk Hari Kanak-Kanak saya bercadang untuk memberi kejutan memandangkan dia pilih untuk memakai baju kerjaya bapanya.
“Niat saya (berkongsi) untuk memberi kesedaran pada anak-anak lain supaya tidak malu dan berbangga dengan ayah mereka,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji murid berkenaan yang berbangga walau apa jua kerjaya bapanya serta mendoakan agar menjadi anak yang solehah.
Hebat awak, dik! Berbangga dengan kerjaya bapa!
Sumber: TikTok