in

“Didikan terbaik!” – [VIDEO] Netizen Terharu Anak Bangga Tonjol Kerjaya Ayah Di Sekolah

Anak Bangga Pekerjaan Ayah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap ibu bapa pasti akan mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka, dari segi keperluan hidup dan juga kemahuan, manakala sebagai anak pula, kita harus menghargai usaha ibu bapa kita yang bersusah payah membesarkan kita.

Sempena sambutan hari kanak-kanak tahun ini, kebanyakkan sekolah telah memilih untuk mengadakan acara memperagakan pakaian seragam mengikut citarasa pelajar masing-masing.


Baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok mengenai seorang bapa yang berkongsi kisah tentang anak perempuannya yang berkeras mahu memakai pakaian seragam kerjaya ayahnya untuk sambutan hari kanak-kanak.

@md_nuar

Hari kanak2 sedunia.tema Kerjaya.aku suruh dia cari baju lain dia pilih baju kerjaya ayah jugak .alahai anak…dia kata ayah kerja ni pun bagi kami makan tempat tinggal….#anaksekolah #kerjaya #harikanakkanaksedunia #fyp

♬ suara asli – Langit Musik Indonesia – Langit Musik ID – Official

Si bapa, Mohd Anuar telah menyuruh anaknya, Auni untuk memilih pakaian seragam atau uniform lain namun, Auni tetap berkeras dan mahu menyarungkan pakaian seragam bapanya untuk diperagakan semasa acara tersebut.

“Tema untuk hari kanak-kanak sedunia tahun ini adalah kerjaya. Aku suruh dia cari baju lain, dia pilih baju kerjaya ayah juga,” tulisnya di ruangan kapsyen video tersebut.

Jika diteliti pakaian seragam yang dipilih oleh Auni, kostum kerjaya yang dipakai milik ayahnya yang difahamkan seorang kakitangan di sebuah majlis perbandaran di Perak.

“Dia faham walau apa pun pekerjaan jangan pandang rendah.” – Netizen

Screenshot 2022 12 05 152605

Auni yang berasa bangga dengan kerjaya bapanya itu, menjelaskan bahawa pekerjaan yang dilakukan bapanya itu telah membesarkannya dengan baik, lapor mStar. 

Penghargaan yang ditunjukkan oleh Auni di sekolah telah menyentuh hati Anuar yang berkongsi beberapa gambar anaknya yang lengkap berpakaian sama seperti dirinya ketika bertugas.

“Alahai anak… dia kata ayah kerja ni pun bagi kami makan dan tempat tinggal,” katanya.

Apa komen warganet?

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Auni yang tidak malu untuk memperagakan pakaian seragam pekerjaan ayahnya itu dan mendoakan masa depan mereka anak beranak.

Screenshot 2022 12 05 152900

Screenshot 2022 12 05 152926

Terharu betul min baca cerita dia nii.. kecil-kecil dia dah faham pengorbanan ayah dia.. :’)

Baca : [VIDEO] Ayah Tak Tahan Sebak Ambilkan Skrol Arwah Anak Masa Hari Graduasi

Ft Bapa Datang Konvo Arwah Anak 728X383 1

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.