“Padan muka sbb jahat la kena buang negeri”- Lelaki Mengadu Susah Cari Makan Lepas Pakai Gelang EMD Tapi Dikecam Netizen

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sistem Peranti Pemantauan Elektronik (EMD) diperkenalkan pada Ogos 2015 sebagai usaha untuk mengelakkan bekas banduan kembali melakukan jenayah.

Untuk pengetahuan korang, dengan memakai EMD setiap pergerakan banduan akan dipantau rapi dan polis akan mengetahui setiap kegiatan mereka seperti lokasi yang dituju, dengan siapa mereka bersama dan dimana mereka berada.

Memang bagus tapi adakah ia menyusahkan pemakai?

Semalam di facebook ada lelaki ini meluahkann rasa kecewa dan sedih kerana dia susah nak cari makan sebab gelang EMD yang dipakai..kenapa?

 

Brother, saya sedih nak cari makan pun susah tak boleh bergerak bebas..

“Brother, saya sedih. Kaki saya pakai gelang EMD,”

Kawan saya memaklumkan yang beliau kena PCO (Kena buang negeri dan perlu lapor diri di balai polis berhampiran setiap hari Khamis) di satu perkampungan kecil di Kedah.

Nak cari makan pun susah, katanya. Bila dah pakai gelang ini, dia langsung tak boleh bergerak bebas. Tak boleh keluar lebih dari jarak 10 kilometer dari rumah. Di sebelah malam pula, jam 8.00 malam, mesti berada di dalam rumah. Keluar sikit, Bukit Aman akan dapat isyarat. Jika gelang itu diusik, penggunanya akan dihukum penjara selama tiga tahun.

Sekarang dia kena PCO selama 4 tahun dan menyesal tak sudah-sudah.

“Dulu PCO boleh bergerak bebas, sekarang dah berubah dan peraturan semakin ketat,” itulah luahan sahabat saya yang kena PCO.

Perkongsian ini nyata mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Namun majoriti daripada mereka berharap supaya lelaki tersebut tidak mengeluh dengan gelang EMD yang dipakai.

Malah ia sepatutnya dilihat sebagai sesuatu yang positif kerana lelaki itu bebas dan bukannya terperuk di dalam penjara seperti banduan-banduan lain.

 

Dah kena pakai gelang kat kaki buat sedih pulak

Sumber : Facebook

 

Lain kali buat la lagi..Sebelum ni buat tak pikiaq

Sumber : Facebook

 

Ada sebab lah tu kena pakai gelang EMD, bukan suka-suka je polis bagi pakai benda tu kan?

Baca : Bawa RM5 sebab tak nak kena pau dengan polis Netizen Dakwa Polis Malaysia Buat Kerja Kotor, Giat Peras Ugut Warga Asing

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.