in

“Padahal rakyat kais pagi makan pagi” – Netizen ‘Geram’ Dapat Tahu Jumlah Aset, Ku Nan Memang Dah Kaya Sebelum Jadi Menteri?

Asset Ku Nan

Semalam, Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor atau lebih mesra dipanggil Ku Nan dikatakan berang apabila disoal tentang pengisytiharan harta yang dibuatnya ketika berada dalam kabinet, lapor Malay Mail.

Difahamkan, ketika disoal oleh pihak pendakwaan tentang perkara tersebut Ku Nan mula menunjukkan reaksi marah.

 

“Saya rasa saya telah ditindas” – Ku Nan

Berikut adalah apa yang dikatakan Ku Nan,

Bila saya katakan saya tidak mahu mengisytiharkan sendiri, kerana (jika buat) secara terbuka anda tahu mengapa.”

Kerana sekarang saya mempunyai masalah dengan hampir satu bilion aset. Kerana mereka merasakan mereka mahu mensensasikan, itulah sebabnya saya rasa saya telah ditindas.”

Ku1 1

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga dilaporkan menolak permohonan pasukan pembelaan bagi kes rasuah Ku Nan yang meminta agar dokumen pengisytiharan dilakukan secara tertutup.

 

Orang ramai patut dengar

Hakim Mohamed Zaini Mazlan telah memutuskan bahawa orang ramai harus dibenarkan mendengar perincian supaya mereka tahu perbicaraan tersebut dilakukan secara telus dan adil.

Berikut adalah pengisytiharan aset Ku Nan:

Aset1

 

Seronok campur geram!

Kecoh di Twitter di mana netizen membincangkan tentang isu aset Ku Nan sampai menjadi trending. Kebanyakannya suka bila dapat tahu Ku Nan bengang ketika harus mengisytiharkan aset sebab pada mereka perkara tu macam ‘padan muka’ dan ada juga yang geram sebab tak sangka beliau ada harta hampir RM1 billion.

 

Memang kaya sejak dulu?

Ada juga yang memberi respon mengatakan Ku Nan memang ‘berduit’ disebabkan dia mempunyai bisnes yang dijalankan sejak dulu. So technically, mereka kata Ku Nan dah kaya sebelum bergelar menteri lagi.

Kaya1 Kaya2 Kaya3

Apa-apa pun diharapkan kes ini dibicara dengan telus dan adil…

Baca: “Itu yang sepatutnya” – Netizen Sokong Cadangan Penghapusan Riba Dalam Bayaran Balik PTPTN

Feature 2 1

Sumber: Malay Mail
Sumber: Malaysiakini
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter