in

PH & BN Anjur Ceramah Di DUN Tioman

Es5Rd6Tyfugihojp86Dyr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat pertama kali dalam sejarah, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan ceramah umum sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pada Rabu.


Menurut poster yang tular di media sosial, tiga pemimpin tertinggi iaitu Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu akan tampil dalam ceramah umum terbabit.

Screenshot 2022 11 30 At 12.47.33 Pm

Ketiga-tiga pemimpin tersebut bakal bergabung di atas pentas yang sama untuk menyampaikan ceramah kepada orang ramai di kawasan letak kereta Pasar Besar Rompin pada jam 8.30 malam.

Kalau sebelum ini seperti yang kita tahu, kedua-dua parti itu dikatakan musuh ketat namun akhirnya ego mereka ditundukkan dan perlu bersama selepas BN-PH Pahang bergabung membentuk kerajaan negeri.

PH bagi laluan BN untuk bertanding

Ceramah secara bersama diadakan susulan PH mengambil keputusan untuk memberi laluan kepada calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain dalam PRU15 DUN Tioman pada 7 Disember ini.

Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata, keputusan itu dibuat sebagai tanda kesepakatan Kerajaan Perpaduan peringkat negeri dan nasional yang dimeterai antara PH dengan BN.

Sebelum ini, keputusan PRU15 menyaksikan BN memperoleh 16 kerusi DUN, manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat 17 dan lapan kerusi dimenangi PH.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRU15 bagi DUN Tioman ditangguhkan susulan kematian calon Perikatan Nasional (PN), Md Yunus Ramli.

Wah kan bagus ada politik sihat macamni…

Baca: Zahid Hamidi Kata Enggan Kerjasama Dengan DAP, PKR & BERSATU Hanya Ketika PRU15 Sahaja

Screenshot 2022 11 30 At 12.44.56 Pm

Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.