in

Anwar Ibrahim Mungkin Namakan Zahid Hamidi Sebagai Salah Seorang TPM – Sumber Parti

O8I7U6Yrterew

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan besar akan menamakan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai salah seorang daripada dua timbalan perdana menteri bagi kerajaannya.


“Realitinya Zahid membantu Anwar untuk menjadi PM dan ia perlu diperakui. Beliau juga satu-satunya individu yang boleh membantu mengekalkan 30 kerusi BN.”

Perkara itu dinyatakan oleh sumber parti yang didakwa merupakan sumber rapat mengenai pembentukan Kabinet Anwar, lapor The Malaysian Insight.

“Apa yang kita mahu lihat, beri Anwar kebebasan untuk memilih timbalan dan Kabinetnya. Jika ia tidak berfungsi, buang saja mereka,”

Ahmad Zahid Hcsdfewqamidi 1582966242

Menurut sumber itu, seorang lagi timbalan perdana menteri berkemungkinan dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), kerana menurut Anwar, beliau menamakan 2 orang bagi jawatan tersebut yang merupakan konvensyen politik dan bukannya mengikut peruntukan perlembagaan.

Bagaimanapun Presiden UMNO tersebut merupakan pilihan kontroversi dan menjadi sasaran musuh politik dan pengundi. Bahkan ketika PRU15, dia hampir hilang kubu kuatnya di Bagan Datuk apabila menang kecil, dengan kelebihan 348 undi.

Bukan itu sahaja, Barisan Nasional (BN) turut mencatatkan keputusan paling buruk dalam sejarah Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) apabila hanya memenangi 30 kerusi perlimen sahaja.

Difahamkan juga bahawa kabinet baharu akan dinamakan seawal hari ini tetapi perdana menteri mempunyai masa hingga hujung minggu ini untuk mengemukakan senarai kepada Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdullah.

81669309219 Anwaribrahim

“Setiap gabungan atau blok yang menyertai Anwar membuat permintaan mereka tetapi beliau menjelaskan ia satu Kabinet kecil jadi beliau perlu memastikan mereka yang dipilih dapat mengekalkan penyokong mereka. Hanya Zahid bagi BN. Tiada siapa boleh melaksanakan tugas itu,”

Selain Zahid, calon lain BN yang disebut juga adalah ahli Parlimen Rembau, Mohamad Hassan walaupun beliau pernah mengatakan bahawa BN perlu berkecuali dan kekal sebagai pembangkang dalam persaingan untuk membentuk kerajaan.

Teka-teki bakal berakhir lagi…korang rasa siapa timbalan perdana menteri untuk kerajaan baharu ini?

Baca: Zahid Hamidi Kata Enggan Kerjasama Dengan DAP, PKR & BERSATU Hanya Ketika PRU15 Sahaja

Screenshot 2022 11 30 At 6.04.18 Pm

Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.