in

Padah Persenda Logo KFC & Kim Jong Un, Pemain Ini Kena Banned Main Game 8000 Tahun!

kfc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pemain menggunakan username bernama @AllThingsRacing di aplikasi Reddit itu telah memuat naik satu berita yang boleh mengejutkan para penggemar permainan video Forza Horizon 5.

Pemain tersebut telah dilarang bermain Forza Horizon 5 selama hampir 8,000 tahun akibat mendeko kereta yang digunakannya dalam permainan itu dengan menukar gambar ‘kolonel sanders’ kepada imej pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.


Mesej daripada Pasukan Komuniti Forza yang menyatakan bahawa dia tidak akan dapat bermain permainan video itu sehingga 31 Disember 9999 telah diterima oleh rakan kepada pemilik akaun tersebut.

fi kfc 1

Selain menggantikan logo KFC kepada Kim Jong Un, pemain itu turut menggunakan perkataan ‘#SendNukes’, mengganti jenama Pirelli kepada Pyongyang dan menukar jenama Nike dan New Balance kepada Nuke dan Nuke Balance.

Oleh sebab tindakannya itu dilihat boleh membangkitkan isu politik, terdapat pihak yang tidak setuju dengan jenaka yang dilakukan lalu mengutarakan larangan agar dilaksanakan.

Dikatakan larangan tersebut adalah bukan daripada syarikat yang menghasilkan permainan video Forza Horizon 5 tersebut iaitu Playground Games, tetapi daripada Turn 10 Studios yang merupakan pencipta video permainan Forza Motorsport.

Isu ini telah menyebabkan para pemain permainan video lain tak mahu mengubah dekorasi kereta mereka selamanya sebagai tanda mogok dengan larangan yang dikenakan kepada pemain tersebut.

Sumber: DailyStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.