Semalam (6 Mei), seorang anggota polis berpangkat konstable ditemui meninggal dunia dengan kesan tembakan di kepala di rumah sewa rakannya di Lorong 9, Permai, Sibu, Sarawak.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa bernama Norhalim Tumiran yang baru berusia 25 tahun itu bertugas dalam Unit Ronda Bermotorsikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu.
Kami dimaklumkan seorang anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di bahagian atas telinga kanan (kepala) dan masih terduduk di atas sofa dalam rumah.”
Menurut Stanley, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut sekitar jam 7 malam dan tempat kejadian tersebut merupakan rumah sewa lima rakannya manakala mangsa tinggal di rumah transit di IPD Sibu, lapor Utusan Borneo.
Untuk pengetahuan korang, Norhalim yang berasal dari Pahang ini baru sahaja memulakan tugas di Sibu lebih kurang sebulan.
Sebelum kejadian, mangsa datang ke rumah sewa untuk bermain permainan komputer iaitu sebelum waktu berbuka puasa.”
Kes ini kini sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mangsa meninggalkan seorang isteri dan anak yang baru berusia satu tahun.
Allahu, takziah kepada keluarga arwah. Moga isteri dan anaknya terus kuat.