in

Orang Ramai Boleh Maklum Pada Polis Jika Jiran Langgar SOP Aidilfitri

Raya Lapor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mulai esok, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara yang mana akan merangkumi beberapa SOP berkenaan Aidilfitri yang melarang orang ramai untuk melakukan aktiviti ziarah semasa hari raya.


Bimbang berlakunya perlanggaran SOP tanpa diketahui pihak berkuasa, orang ramai dinasihatkan untuk perhatikan kawasan kejiranan mereka dan maklumkan kepada polis jika ada individu yang pulang beraya di kampung tanpa kebenaran, lapor Sinar Harian.

Kasut

Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata, maklumat ini diperlukan bagi membolehkan pihak polis ambil tindakan tegas terhadap individu yang degil dan tak patuhi SOP Aidilfitri 2021.

“Polis Perlis juga akan tingkatkan jumlah keanggotaan dalam memastikan pematuhan SOP serta akan mengambil tindakan tegas terhadap individu di kawasan perumahan… termasuk memperketatkan kawalan di sempadan negeri, stesen bas dan stesen keretapi,” katanya lagi.

Kadar pematuhan SOP di Perlis menurutnya kini adalah tinggi iaitu 98% dan beliau berharap perkara ini akan berterusan supaya dapat mengekalkan Perlis sebagai negeri hijau serta dapat putuskan rantaian jangkitan COVID 19.

Polis Pj Fru5 Bm 630X420 1

 

“Hari raya kita akan ‘all out'” – Polis Kangar 

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, pihak polis akan terus melakukan rondaan pematuhan SOP Aidilfitri secara menyeluruh di Kangar mulai Isnin ini.

Nz922 Hmfield Image Listing Featured V2.Var 1604927744

Hari raya nanti, kita akan ‘all out’ termasuk melakukan rondaan dari rumah ke rumah bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Diharapkan agar orang ramai dapat terus memberi kerjasama dengan polis bagi mencegah penularan wabak Covid-19 di negeri ini,” katanya.

Stay safe korang sempena raya ini. Harap-harap tak adalah yang kena report dengan jiran sebab langgar SOP. 

Baca: “Sekejap macam ini, sekejap macam itu” – Syed Saddiq Pelik Dengan Cara Menteri Laksanakan PKP

Saddiq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.