in

“Orang Melayu kita PERLU berhenti anggap ‘putih’ itu cantik…”

Abc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Definisi cantik bukannya terletak pada warna kulit, saiz badan atau ketinggian. Ianya salah sama sekali. Tak semua yang kurus itu cantik dan yang berbadan besar itu buruk. Jadi, siapalah kita ini untuk mengkritik seseorang? Seperti gadis ini, dia sering dihentam netizen kerana warna kulitnya yang gelap. Sebab gelap pun nak kritik! Ish ishh ishhh!


Tular di Twitter, Haneesya Hanee, merupakan seorang model telah meluahkan rasa sedih dan kesalnya kepada netizen, lebih-lebih lagi pada orang Melayu kerana sering menganggap putih itu cantik. Tidak kira tua mahu pun muda, masing-masing berkejar-kejaran untuk mencari produk yang boleh memutihkan kulit mereka.

Photo 2018 01 14 17 15 50
sumber: twitter

Our Malay people have to stop thinking that ‘putih’ is cantik”

Menurut Haneesya, dia merupakan orang Melayu, cuma yang membezakan adalah warna kulitnya yang gelap berbanding dengan orang Melayu biasa. Katanya, orang Melayu terlalu obses untuk menjadi putih sehinggakan merendah-rendahkan mereka yang berkulit gelap.

It is 2018 but our Melayu people still the same

Photo 2018 01 14 17 15 34
sumber: twitter

Tambahnya, dia sering dikritik di Instagram oleh pengikut-pengikutnya.

“Asal hitam sangat”

“Dah lah hitam, pastu acah lawa”

“Hitamnya kauuu”

Tetapi dia memandang kritikan tersebut dari sudut positif. Dia sering mengingatkan pada dirinya bahawa kebanyakan artis yang popular adalah berkulit gelap.

Photo 2018 01 14 17 15 43
sumber: twitter

“Rihanna is dark but she is goddamn beautiful”

“Beyonce is dark too but look at her!”

Dia juga pernah berhadapan dengan pengalaman pahit, di mana sewaktu dia sedang berjalan menuju ke 7eleven, tiba-tiba datang seorang lelaki berbangsa Melayu mengatakan,

“Perempuan hitam tak sedar diri” OMG Whatt!!

Photo 2018 01 14 17 15 27
sumber: twitter

Perkongsian ini mendapat lebih daripada 10 ribu likes dan retweet. Dan ada juga netizen yang mempersoalkan mengapa dia perlu menyalahkan orang Melayu.

“Tak payah nak burukkan orang Melayu. Tempat lain sama je. India nak putih, Korea nak putih. Sila banyakkan membaca. Haih Melayu #melayumudahlupa”

Dan ada juga netizen yang menyokong gadis ini.

“Betul apa dia cakap tu. Cuma dia kecilkan scope towards the norms of the Malays

Don’t bother with that those people have to say about you. Some people are just narrow-minded

Photo 2018 01 14 17 15 54
sumber: twitter

Kenapa mesti putih itu cantik? Peliknya…

Baca: “Cara berdakwah tak kena” – Netizen Tempelak ‘Ustaz’ Tegur dan Pukul Wanita Tak Pakai Tudung

Page1 3

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.