“Orang macam ni layak kena gantung” – Tiga Lelaki Gilir-gilir Rogol Budak 13 Tahun Lepas Bunuh Dengan Kejam

Memang tak boleh nak terfikir dek akal macam mana orang boleh terfikir nak cederakan atau bunuh orang lain, lagi-lagi bila dorang pilih mangsa yang tak boleh nak defend diri sendiri. Sekejam-kejam manusia orang macam ni.

Macam kes yang berlaku di Banten, Indonesia ni, menurut Harian Metro, seorang budak berusia 13 tahun telah dibunuh dengan kejam sebelum mayatnya dijadikan pemuas nafsu bagi tiga lelaki durjana ni.

Gambar Hiasan

Ceritanya, pada hari kejadian, mangsa pergi ke kebun sayur milik keluarganya bersama abangnya pada 30 Ogos lalu. Dia kemudiannya ditinggalkan bersendirian di situ sementara abangnya pergi memburu burung.

Semasa mangsa sedang memotong kayu di belakang pondok di kebun tersebut, tiga lelaki datang menghampiri mangsa. Salah seorang lelaki tersebut memang dikenali mangsa kerana dia pernah duduk di kawasan yang sama dulu.

Dikatakan, tiga lelaki ini memang dah merancang untuk merogol mangsa ketika mereka lihat mangsa bersendirian di sana. Mereka memberikan alasan untuk meminjam parang yang dipegang oleh mangsa sebelum merogol mangsa ketika mangsa memberikan parang tersebut.

Sumber: Harian Metro

Budak perempuan malang ini cuba untuk mempertahankan dirinya namun dia diserang dengan parang hingga menyebabkan tangan dan lehernya cedera parah. Mangsa mati kerana ditikam di bahagian leher.

Tak cukup dengan itu, tiga lelaki ini kemudiannya bergilir-gilir merogol mangsa yang tak bernyawa dan sempat pergi dari situ sebelum abang mangsa pulang dan menemui mayat adiknya di sana.

Kalau korang nak tahu, pihak polis telah pun menahan tiga suspek yang berusia antara 15 dan 19 tahun ini.

Hopefully dorang ni kena hukuman yang paling berat sekali! 

 

Baca: Lelaki Bunuh Kemudian Rogol Mayat Kekasih Selama Dua Hari Berturut-turut Kerana Cemburu

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson