Kalau korang follow pelakon Nazim Othman, korang mesti tahu kan tentang minatnya yang mendalam terhadap Korea dan Kpop. Dari gaya rambut dan pakaiannya pun korang dah boleh nampak betapa ‘Korea’nya Nazim ni.
Baru-baru ni, semasa bercuti di Korea bersama Awal Ashaari, Nazim telah tarik perhatian netizen dengan memuat naik videonya di Instagram sedang menyanyi live di khalayak ramai. Wow! Macam artis Korea dah admin tengok.
https://www.instagram.com/p/BsIPMl3HlHR/
Menurut sumber, Nazim menyanyikan lagu ‘The Climb’ dari Miley Cyrus dan persembahannya tu mendapat perhatian dari penduduk Korea.
https://www.instagram.com/p/BsH81XbHUDS/
“Suara macam g*mpang, nyanyi kat bilik air jelah. Memalukan lelaki hensem sedunia betul dia ni”
Well as korang semua expected, nyanyian amatur Nazim ni mendapat kritikan daripada netizen yang cakap suaranya tak sedap langsung. Erk!
Kata netizen, orang Korea mungkin tak dapat menilai kesedapan suara Nazim dan ada yang macam tak faham langsung dengan apa yang dinyanyikan Nazim. Aiyok biar betul ni korang?

“Bajet korea!”
Tak cukup dengan tu, ada jugak netizen yang rasa Nazim ni terlampau nak jadi Korean sangat sampai jadi syok sendiri dan lupa diri. Siap ada yang kaitkan dengan Bella Daly lagi. Hadoiii ke situ pulak korang!

Baca: Nazim Othman Kongsi Detik Sukar Untuk ‘Haters’ Yang Dengki & Busuk Hati Dengan ‘Life’ Dia

