in

Nazim Othman Kongsi Detik Sukar Untuk ‘Haters’ Yang Dengki & Busuk Hati Dengan ‘Life’ Dia

Nazimothmann 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika kita lihat dengan mata kasar, kehidupan sebagai selebriti ini seperti indah-indah belaka, berpakaian berjenama, melancong disana sini, dan berketrmapilan segak dengan penuh bergaya, sehingga muncul rasa iri hati dalam kalangan netizen.


Segala tindak tanduk yang dilakukan pasti ada sahaja yang tak kena, misalnya macam Nazim Othman ni, sama seperti artis lain Nazim juga tak lekang daripada kecaman, perlian dan tohmahan netizen.

Cuma bezanya, Nazim ni jenis tak mudah melatah dan hanya diam sahaja, bagaimanapun sebagai manusia biasa kesabaran ada batasnya.

 

Acah-acah” “tak hargai peluang kedua” “trying too hard” “hensemnya” “untungnya jadi Nazim” “I want your life”..Tak apa lah. Let’s talk life

Nazimothman
Sumber : instagram

Sebelum ini, Nazim Othman seringkali menjadi ancaman para haters dengan apa yang dilakukan, daripada babak lakonan, buat peragaan di KL Fashion Week dan macam-macam lagi sehingga ada yang memperlekehkan kehidupannya dengan mengatakan seolah-olah tidak bersyukur dengan ‘peluang kedua’ dalam hidupnya.

Kita semua sedia maklum bahawa Nazim pernah mengalami ketumbuhan di otak pada tahun 2015, disebabkan itu netizen gemar jadikan perkara itu sebagai senjata utama kecaman terhadap Nazim lebih-lebih semasa di KL Fashion Week lepas

Jadi, Nazim yang selama ini berdiam diri akhirnya ‘buka mulut’ menceritakan struggling  dia hadapi yang orang lain tak pernah nampak sebagai respon kecaman netizen ‘berhati busuk’ ini.

Acah-acah” “tak hargai peluang kedua” “trying too hard” “hensemnya” “untungnya jadi Nazim” “I want your life”

Takpe lah. Let’s talk life. Can U possibly imagine having to go in and out of the counselling room every now and then when U’re 13 – 14 years old at school simply because U seem, think and act differently ? I was that kid. Best ke? No, sayang. It’s depressing to be mocked and be the outcast especially masa aku baru nak kenal dunia. I suffered. But did I die? No. I survived.

When I first came to KL, it’s really crazy. Aku makan roti 50 sen tu je waktu pagi , tengah hari berlapar malam makan nasik lemak kosong, for months long. With Allah’s grace , I survived that too.

 

Pernah tak kau tidur kat atas lantai parking lot basement bangunan?…hari-hari dimaki pengarah. Ada jugak pelakon senior datang herdik aku  . Aku telan je.

Nazimmmm
Sumber : instagram

Pernah tak kau tidur kat atas lantai parking lot basement bangunan? Pernah rasa duduk setinggan, kongsi bilik ngan ntah sapa sapa? Bilik kecik dan yang mengasingkan kau ngan roommate kau hanyalah sebuah almari cabuk kat sebelah kau. Bila dia bawak balik pompuan buat projek kau terpaksa blah?

Masa baru berlakon, hari-hari dimaki pengarah. Ada jugak pelakon senior datang herdik aku depan orang ramai cakap “kau berhenti je la berlakon. Kau tak boleh berlakon. Menyusahkan ramai orang” . Aku telan je. Tak mati pun. I kept on learning, my way, street styles. I improved and I know it.. Pernah la jugak tercalon untuk top 5 kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Anugerah Skrin. 

Dalam perjalanannya untuk menjadi penggiat seni, bermacam-macam onak Nazim pernah lalui, sewaktu kali pertama sampai di ibu kota, kesusahannya tak terkata sehingga sanggup berlapar, tidur diatas lantai tempat letak kereta.

Malah menyewa dirumah setinggan dengan orang luar sehinggakan menganggu ketenteramannya. Waktu mula-mula berlakon, hari-hari dimaki pengarah sampai di pandang rendah oleh pelakon senior terhadap bakatnya.

Hasilnya, dia survive dan berjaya hadapi dengan baik malah membuahkan hasil pernah tercalon top 5 kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Anugerah Skrin.

 

In 2015, the brain tumor said hello..aku hidup lagi sampai sekarang..Tahun ni aku dibagi lagi ujian. Jodoh ada tapi tak panjang

Nazim1.Transformed
Sumber : new starits times

In 2015, the brain tumor said hello, and I didn’t know how to react. Bergaduh ngan doktor sebab tak nak operate. Takut kalau lepas operate , aku jadi lumpuh ke , biol ke? Tak ke akan menyusahkan orang lain? Tak tau la doa siapa yang makbul, aku hidup lagi sampai sekarang.

Tahun ni aku dibagi lagi ujian. Jodoh ada tapi tak panjang. Orang pun sambung mengata. Biar je la. Sakit kita, susah kita, biar kita tanggung sendiri. Tuhan bagi aku itu ini sebab Dia sayang aku, Dia tau aku boleh hadap semua ni.

Mungkin purpose aku hidup kat dunia ni untuk berkongsi cerita aku dengan orang menggunakan ‘platform’ yang aku ada. Mana lah tau ada insan yang terbuka hati untuk lebih bersyukur sebab Nazim Othman yang “nampak macam living life to the fullest” pun hidup sarat ujian. 
I earned my way up, I don’t beg around. 

Lebih getir lagi apabila dia menempuhi zaman sukar pada tahun 2015 dimana dia menghidap ketumbuhan dalam otak.

Bahkan, tahun ini juga dia didatangi cabaran besar dimana perkahwinan yang didirikan bersama bekas isteri Bella Dally tidak bertahan lama. Apa pun Nazim berjaya overcome semua.

Itulah yang terjadi dalam kehidupan Nazim Othman disebalik  “living life to the fullest” yang kita nampak dari mata kasar. Apa yang dikongsikan jadikanlah pengajaran bahawa semua orang ada cabaran mereka tersendiri. Jangan hanya nilai daripada luaran!

Baca : “Nazim takyah nyanyi lah, pakai mekap bagai” – Ramai Cakap nazim Othman ‘Try Hard’ Cover Lagu Dimatamu

Nazimothmantryhard

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.