in

Oh Baru Tahu?! Rupanya Tak Layak Untuk Nikmati Kemudahan Bebas Cukai Sekiranya Tak ‘Stay’ 48 Jam di Pulau Pangkor!

Gambar Hiasan 44

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang tahu tak bahawa syarat semasa untuk menikmati khidmat bebas cukai di Pulau Pangkor ialah pelancong perlulah ‘spent time’ di pulau itu selama 2 hari atau 48 jam. What?!


Ya, syarat berkenaan masih lagi diguna pakai hingga kini. Namun perkara ini telah mendapat perhatian daripada kerajaan negeri Perak sendiri, dimana kerajaan Perak telah memohon kepada Kementerian Kewangan agar melonggarkan syarat yang melayakkan seseorang pelancong di Pulau Pangkor menikmati kemudahan bebas cukai itu.

Menurut Bernama, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata syarat semasa itu tidak sesuai dilaksanakan di pulau berkenaan kerana saiz Pangkor yang tidak begitu besar.

tidak mempunyai bilik yang banyak buat masa sekarang. Aktiviti yang ada juga memadai untuk pelancong tinggal satu malam.”

Pangkor Bay View Beach

Beliau turut berpendapat bahawa jika syarat dapat bebas cukai diubah dan minimum pada 24 jam, ia akan tarik lebih pelancong datang dan bermalam.

Pulau Pangkor telah menjadi pulau bebas cukai berkuatkuasa pada 1 Jan lalu, namun pengisytiharan rasmi status itu dijangka disempurnakan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Menurut Ahmad Faizal lagi tiada sebarang tempoh masa yang diberikan oleh pihak Kementerian Kewangan berhubung permohonan kerajaan negeri itu.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata kerajaan negeri juga telah mengemukakan cadangan permohonan untuk menaik taraf jeti utama, jeti kargo dan zon pendaratan di Pulau Pangkor dengan anggaran kos keseluruhan berjumlah RM300 juta.

Pengusulan ini turut bertujuan agar kerajaan persekutuan dapat menimbang untuk membuka banyak zon pendaratan bagi kargo, pekerja yang keluar masuk, peniaga yang bawa masuk barangan supaya ada tempat sesuai dan tidak perlu bersesak dengan pelancong dan penduduk tempatan.

 

Baca: Selain Duty Free, Ini 5 Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Buat Di Pangkor. Memang BEST!

Capture 44

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.