in

Selain Duty Free, Ini 5 Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Buat Di Pangkor. Memang BEST!

Collage 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila cakap pasal duty free, korang mesti terus fikir Langkawi kan? Tapi korang tahu tak sekarang ni Pulau Pangkor pun dah jadi pulau bebas cukai? Ya, serius!!!


Okay sebelum tu, jom kita tengok apa aktiviti menarik yang korang boleh buat dekat Pulau Pangkor ni. Sebab selama tiga hari dua malam admin dekat sana, memang tak bosan langsung, penuh dengan aktiviti yang menarik!

1. Hornbill Feeding

Ezgif 6 Fa4Eade386Ce

Kalau korang nak tahu, dekat Pangkor ni memang famous dengan burung enggang atau bak kata omputeh, hornbill. 

Setiap hari, jam 6.30 petang, Pak Din (baju kuning hitam) akan bagi burung-burung ni makan dekat Sunset View Chalet. Korang boleh experience sendiri tau bagi burung-burung ni makan pisang lepastu pulak Pak Din ni memang friendly gila dan tak kenakan apa-apa bayaran tetap. Cuma korang bolehlah bagi duit seikhlas hati. Tak bagi pun dia okay je.

2. Island hopping dan snorkeling  

Ezgif 6 062978884Ae4

Of course kalau pergi pulau, memang tak sah kalau tak pergi snorkeling. Dekat Pangkor ni korang boleh jugak pergi snorkeling sambil pusing-pusing Pulau Pangkor melalui laut.

Antara tempat yang korang akan pergi adalah Teluk Segadas, tempat ni memang cantik dan kalau korang adventurous, korang boleh berkhemah dekat sini dengan harga RM25 semalam termasuk elektrik. Murah kan? Tengoklah betapa cantiknya air dia!

Img 4616

Lepastu korang berpeluang untuk snorkel berdekatan dengan Teluk Nipah dan berenang di Giam Island.

Screenshot 2020 08 15 At 7.01.09 Pm

3. Island ride

Lepas dah puas mandi dan snorkel, korang boleh pusing-pusing di Pulau Pangkor dan melawat tempat tempat menarik macam:

Masjid Seribu Selawat

Img 4675

Masjid Sungai Pinang Kecil (Masjid Cina)

Edmij9Pumaancbl

Dutch Ford

Dutch Fort Pangkor

Untuk pusing-pusing ni, korang bolehlah gunakan perkhidmatan sewa kereta, atau nak lagi seronok, korang boleh sewa motor di sana.

4. Melawat Tapak Hatcher Penyu Pangkor

Img 4844

Untuk pengetahun korang, bila anak-anak penyu yang baru menetas ini pergi ke laut, hanya 10% saja dari mereka yang kekal hidup di lautan manakala lagi 90% mati dimakan ikan atau burung.

Img 4731

Sebabtu, Pak Lang buat keputusan untuk asuh anak-anak penyu ini sampai dorang selamat untuk berdikari barulah dilepaskan. Dengan usaha ini, Pak Lang dapat tingkatkan peluang hidup penyu di Pangkor kepada 70%.

5. ATV

Whatsapp Image 2020 08 14 At 08.54.37

Ini juga antara aktiviti lasak yang ditawarkan dekat Pangkor ni. Masa admin cuba main ATV ni, kitaorang cuba trek 3 iaitu yang paling ekstrem.

Memang betul betul mencabar tau! Kena lalu titi kecil, daki dan turun bukit curam, tapi walaupun susah, memang 100% puas hati!!!

Img 3533

Lepas korang dah buat semua aktiviti-aktiviti dekat atas ni, sebelum balik tu korang bolehlah shopping dulu. Nama pun duty free kan, inilah masanya korang nak borong segala coklat, periuk dan pinggan mangkuk. Rugi kalau tak bawak duit extra woi!

Coklat Laris

Apa lagi, #travelperaklah dan jom lawat Pulau Pangkor ni. Lagi-lagi lepas PKP ni, pendapatan peniaga-peniaga dekat sana terjejas memandangkan dorang memang mengharapkan keuntungan dari industri pelancongan.

So, sambil-sambil kita enjoy, sedikit sebanyak kita dapat jugak bantu orang-orang dekat sana. 

P.S: Thank you Tourism Perak dan Gaya Travel sebab bagi chance dekat admin untuk rasa keseronokan bercuti dekat Pulau Pangkor ni!

Baca: Tak Perlu Pergi Oversea Kalau Nak Merasa Bercuti Tempat Cantik Macam Ni, Malaysia Pun Ada!

Screenshot 2020 08 15 At 7.23.18 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.