in

“Nilah sebab rumah orang tua ramai lelaki” – Bapa Cadang Bagi Nafkah Anak Makan RM6 Sehari, Rupanya Nak Tambah ‘Cawangan’ Baru

Tambah Cawangan Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memberi nafkah buat isteri dan anak-anak sudah menjadi tanggungjawab seorang lelaki tak kiralah ketika dia sedang menganggur sekalipun.


Kalau sudah bercerai, si bapa kenalah lebih bertanggungjawab dalam bab bagi nafkah ni. Jangan jadi seperti seorang bapa ini. Menerusi posting viral di Twitter, seorang netizen berkongsi kisah mengenai seorang bapa yang cadang nak bagi RM6 sehari kepada anaknya untuk makan. 

 

“RM300/month. Seriously?” 

Menurut netizen ini, RM6 sehari yang bersamaan dengan RM300 sebulan (termasuk wang keperluan lain) tu sangat tak mencukupi buat anak tersebut. Baginya, RM300 tu hanya cukup untuk belanja seekor kucing saja. Ops! 

Nafkah 1

Efz8P8Queaazf3M

Nafkah 2
sumber: twitter

 

Rupanya bapa nak tambah lagi satu ‘cawangan’

Mungkin ada yang cakap bapa kepada anak-anak tersebut tak mampu dan dia hanya boleh beri RM300 saja sebulan, ternyata sangkaan anda silap belaka.

Peguam yang menguruskan kes tersebut menjelaskan yang bapa tersebut cukup dari mampu dan rupanya-rupanya bakal bernikah dengan isteri baru. Pulak… Nikah ada duit, bagi anak makan sampai kena catu sekali makan RM2. 

Lawyer

Efdwd4Gu4Aelkzt

Efdwd4Hucaacmtu
sumber: twitter

 

“One of the reason why dekat rumah orang tua ramai lelaki. Ada yang sampai mati anak tak tengok dia” 

Posting ini telah mendapat komen bercampur baur dari netizen. Ada yang masih berpendapat wang nafkah RM300 tu lebih daripada cukup. Manakala ada juga yang fikir inilah sebab kebanyakan bapa dibenci ketika mereka di usia tua.

Tak Mampuuu
sumber: twitter

Semoga ibu bapa di luar sana mendapat pengajaran daripada kisah ini. 

Baca: “Orang have2 mana cukup RM500” – Noor Nabila Beri Alasan Ingin Cerai Kerana Sharnaaz Hanya Bagi Nafkah RM500 Sebulan?

Nabila 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.