Lepas 4 bulan menjalinkan hubungan cinta, pelakon Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson telah mengikat tali pertunangan pada 8 Jun 2019 lepas.
Seperti yang diwar-warkan oleh kedua pasangan ini, majlis pertunangan mereka telah diadakan di Perth, Australia dalam suasana yang sederhana dan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.
https://www.instagram.com/p/BycjcvupKim/
Video kemesraan semasa majlis pertunangan Aiman & Zahirah tersebar
Admin yakin ramai peminat pelakon ni memang teruja gila nak tengok lebih banyak gambar dan behind the scene majlis pertunangan tersebut kan?
So, baru-baru ni ada satu page Facebook telah gabungkan video-video kemesraan dan detik manis Aiman serta Zahirah semasa di Perth dan muat naik ke media sosial. Sweetttt angat min tengok dorang berdua ni!
https://www.facebook.com/zainsaidinrozitachewan/videos/320351015531147/?v=320351015531147
“Finally… Bertunang jugak. Harap-harap dipercepatkan pernikahan. InsyaAllah”
Rata-rata peminat sangat teruja melihat kebahagiaan pasangan ini dan sekaligus mengucapkan ucapan tahniah atas pertunangan tersebut. Ternyata netizen tak sabar nak tengok Zahirah dan Aiman cepat-cepat naik pelamin sebab pasangan ni memang sama cantik sama lawa!
“Ramai ibu bapa zaman sekarang takut anak… Budaya orang-orang Melayu zaman dulu kebanyakan selari dengan Islam. Di mana adat merisik bertunang?”
Tapi admin pun sebenarnya agak terkejut jugak apabila selain daripada komen tahniah, muncul komen-komen mengutuk aksi mesra Aiman dan Zahirah. Kedua-duanya dikatakan tak ikut adat orang Melayu dan lebih kepada budaya barat. Alamak dah kenapa tuuu…
Apa-apapun bagi admin, semoga Zahirah dan Aiman bahagia dengan ikatan yang baru terjalin ni. Cepat-cepat tau kahwin! Barulah netizen tak banyak mengata.