in

“Ni spesis haruan makan anak”- Lelaki Bunuh Dan Cincang Mayat Ibu Lepas Kena Ugut Lapor Pihak Polis

Combine Baru Kerat E1615611021332

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akhir-akhir ni banyak kes jenayah kejam yang berlaku di dalam mahupun luar negara. Tak kira berlaku kepada sesiapa sahaja termasuklah dalam kalangan keluarga sendiri. So, kena lebih berjaga-jaga dengan persekitaran masing-masing.


Pembunuhan yang sangat kejam berlaku di Chiang Rai, Thailand dimana seorang lelaki telah membunuh ibunya sendiri malah turut mencincangnya bagi menghilangkan kesan bukti pembunuhan. Dah bunuh, cincang pulak tu. Kejamnya. 

Pisau Membunuh

Tindakan suspek yang berumur 35 tahun itu kantoi apabila dia sendiri membuat pengakuan mengenai tindakannya itu kepada pihak polis.

Suspek menghubungi pihak polis sebab tak tahan dengan pertanyaan jirannya yang mengatakan dia asyik melihat kelibat ibunya di rumah.

Menurut polis, lelaki itu bertindak sedemikian kerana mangsa mengugut suspek untuk membuat laporan polis kerana dia telah merogol anaknya sendiri.

Rogol Anak

Sedikit pertelingkahan berlaku antara dua beranak itu sebelum mangsa dapat detect perbuatan suspek merogol anaknya sendiri.

Pihak polis tiba di rumah suspek dan menemukan cebisan mayat wanita yang berusia 53 tahun di dalam dua bekas berisi ais, lapor Sinar.

Kerat

Yang lebih menggerunkan lagi, kepala mayat tersebut ditanam tidak jauh dari kediaman mereka di kampung Hua Wiang. Dia pisahkan kepala dengan badan pulakk

Dimaklumkan, suspek tinggal bersama anak perempuannya yang berusia 15 tahun setelah bercerai dengan isterinya setahun yang lalu.

Baca :Bahang Covid-19, Pelanggan Bergaduh Dekat Supermarket Sampai Main Pisau Semata-mata Berebut Toilet Paper

Toilet Paper

 

 

Sumber: Sinar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.