Sejak tiga minggu lalu, hidup penyanyi Pink penuh seksa bila dia dan anak lelakinya, Jameson disahkah positif Covid-19.
Menurut LA Times, hari Ahad lalu, penyanyi ini buat IG Live menceritakan pengalaman dia dan anaknya bertarung dengan penyakit tersebut.
Setiap malam saya menangis dan berdoa. Tak pernah saya doa banyak macam ni sepanjang hidup saya.
Pink juga turut menerangkan tentang penderitaan yang dialami oleh Jameson sepanjang dia mengalami Covid-19.
Dia demam selama tiga minggu, cirit-birit dan sembelit. Kemudian dia muntah-muntah, pucat, tak bermaya dan lesu. Memang menakutkan saya.”
Manakala Pink pula mempunyai simptom yang lain dari anaknya. Dia perlu mengambil nebulizer kerana asmanya menjadi lebih teruk semasa dia bertarung dengan penyakit tersebut.
Pink memberitahu, beberapa hari lepas dia dan Jameson telah pun disahkan sembuh dan bebas dari penyakit ini.
https://www.instagram.com/p/B-il39tJ57d/
Pun begitu, mengejutkan juga bila beberapa peminat tak percaya dengan cerita penyanyi ini dan mengatakan yang Pink menipu. Eh kenapa pulak?
“Simptom macam tak kena je coronavirus. Ntah betul ke tak dorang ni kena ‘coronavirus'”
“Tak pernah dengan pun pesakit covid muntah”
“Hari yang sama dia cakap dia nangis tu hari yang sama dia buat live dekat Instagram dan dia nak happy je.”
Bukan tu saja, ramai juga yang mempertikaikan golongan selebriti seperti Pink yang senang-senang je boleh buat ujian Covid-19 padahal rakyat lain kalau betul-betul nazak atau lebih 65 tahun baru layak dapat ujian.
Namun, ada juga segelintir netizen yang menerangkan setiap individu tu akan menerima simptom yang berbeza. Malah ada je orang yang positif tapi tak ada simptom langsung pun…