in

“Ni mesti tengah ‘high'” – Buat Kecoh Di Bank, Lelaki Berseluar Dalam Ini Ditahan Polis Sebab…

feature image dadah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam tular di Facebook sebuah video berdurasi 1 minit menunjukkan seorang lelaki yang sedang bergelut bersama pengawal keselamatan sambil dibantu oleh beberapa orang awam lain.

https://www.facebook.com/rayyan.rizqi.948/videos/173805070432581/?t=0


 

Menurut laman Facebook tersebut, lelaki berkenaan yang hanya memakai seluar dalam pada mulanya masuk ke dalam bank dan menggangu orang awam yang hendak mengeluarkan duit di mesin ATM.

Individu yang diganggu oleh lelaki tersebut kemudiannya memberitahu kepada pengawal keselamatan mengenai perkara itu. Lalu pengawal keselamatan telah meminta lelaki tersebut untuk keluar dari dalam bank.

Lelaki itu kemudiannya pergi ke kawasan tempat letak motosikal dan terus naik ke atas motosikal pengawal keselamatan tersebut. Dia mendakwa bahawa motosikal itu adalah miliknya.

Pergelutan mula berlaku di antara pengawal keselamatan dan lelaki tersebut setelah lelaki berkenaan enggan beredar dari kenderaan itu. Lalu orang awam yang berada di kawasan tersebut turut membantu bagi menenangkan situasi itu.

 

dadah 2
Sumber: Facebook

Menurut Harian Metro, pihak bank kemudiannya bertinak menghubungi polis sebelum lelaki berkenaan ditangkap bagi membantu siastan.

Lelaki itu disahkan positif dadah jenis Methamphetamine selepas ujian saringan dilakukan di pejabat Narkotik IPD Kemaman.

Pelaku juga didapati tidak mempunyai sebarang rekod perubatan sakit mental.

Hasil siasatan mendapati lelaki itu mengaku mengambil dadah pada malam sebelum hari kejadian di Kuantan.

Nasib baik ada yang tolong record, boleh juga nak buat bukti ye. Tapi kesian juga motor yang jatuh sebab pergelutan diaorang tu.

 

Baca: “Belum kahwin lagi” – Polis Mengamuk Sampai Lepaskan Tembakan Rambang Gara-gara Tunang Minta Putus

eiyo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.