in

Netizen Spekulasi ‘Tweet’ Ringkas Azmin Ali Sebagai Petunjuk Kenyataan ‘U Turn’ BNM?

Kesian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam tadi,, seluruh rakyat Malaysia digemparkan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia berkenaan dengan moratorium yang dikatakan ‘konsep baharu.’


Kenyataan itu dilabel sebagai Pusingan U selepas BNM mula mengumumkan kadar faedah moratorium ke atas sewa beli.

 

Ditujukan untuk seluruh rakyat Malaysia semua?

Lapor Awani,  pertama membayar penangguhan ansuran terkumpul enam bulan bersama ansuran Oktober 2020 tanpa dikenakan faedah tambahan.

Manakala bagi pilihan kedua, pengguna yang mengambil moratorium enam bulan boleh meneruskan pembayaran ansuran selepas Oktober 2020 dengan lanjutan enam bulan tempoh bayaran balik selepas tarikh matang.

Disebabkan itu, ramai rakyat yang terkejut kerana ia seperti satu perkara yang baru BNM terapkan sehinggakan banyak warganet yang menzahirkan rasa tidak puas hati di media sosial.

Malah, ada yang mula perasan dengan tweet ringkas daripada Azmin Ali yang seorang-olah dah beri hint awal-awal kepada netizen.

Ew2Sd1Fucaapyz5

Berikutan banyak rungutan dan kecaman daripada netizen. Bernama ada melaporkan kenyataan baharu daripada pihak BNM untuk memperjelaskan kekeliruan yang berlaku.

 

Ilustrasi yang kami tunjukkan bukan bertujuan untuk ‘menghilangkan’ caj kadar faedah terakru kepada pinjaman yang diberikan penangguhan bayaran balik,”  – BNM

Kata pihak BNM lagi, kekeliruan timbul disebabkan oleh salah tanggapan bahawa jumlah bayaran balik sesuatu pinjaman Sewa Beli tidak boleh diubah.

Peminjam/pelanggan yang akaun pinjaman Sewa Beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap mereka menunjukkan penangguhan bayaran balik secara automatik sejak 1 April 2020, akan terus mendapat penangguhan itu sehingga 30 September 2020.

Malah, jika peminjam/pelanggan dengan Sewa Beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap yang pada mulanya menerima moratorium ini tetapi kemudiannya menukar fikiran masih boleh berbuat demikian.

 

Baca : TERKINI: Pencarum KWSP Boleh Keluarkan RM500 Sebulan Dari Akaun 2 Mulai 1 April 2020

Kwsp

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.