in

Netizen Cadang Influencer Masuk PLKN, Ini Respon Khairul Aming & Azfar Heri

Ft Influencer Masuk Plkn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bakal laksanakan semula oleh kerajaan dan akan membuat pengambilan meliputi mereka yang berumur dari 16 ke 35 tahun.


Disebabkan itu, ada netizen yang mencadangkan agar golongan pempengaruh menjadi peserta dalam pengambilan pertama program itu.

Artikel Berkaitan : PLKN Bakal Dilaksana Semula, Ini Sejarah Yang Korang Kena Tahu Pasal Latihan Khidmat Negara Di Malaysia

Artikel Berkaitan : Hanya Dijalankan Selama 45 Hari, PLKN Bakal Libatkan Pelajar Tingkatan 4 & 5

Dalam cadangan itu, netizen ada menyenaraikan beberapa nama pempengaruh seperti Imran Bard sebagai Ketua Platun Mawar, Azfar Heri sebagai Ketua Platun Bakawali, Ajibtoo sebagai Ketua Platun Orkid dan Kieda Crepe sebagai Ketua Platun Keseluruhan.

Perkongsian ini telah meraih lebih daripada 6,000 jumlah perkongsian dalam masa 4 jam menerusi platform media sosial X. Ia juga turut mendapat perhatian salah seorang tuan empunya badan iaitu Azfar Heri.

Screenshot 2023 11 02 172043

Dalam pada itu, Khairul Aming juga memberikan respon dengan berseloroh bahawa peserta dapat menikmati resipi baharu setiap hari air tanganya sepanjang tempoh 45 hari berkhidmat di PLKN.

Malah, Khairul Aming sempat bergurau, peserta lain yang sama dorm dengannya boleh dapat sambal percuma.

File

Hurm, kelakar lah, tapi la kan kalau lah betul-betul jadi, mesti best kan? Min nak sama dorm dengan Khairul Aming.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.