in

Hanya Dijalankan Selama 45 Hari, PLKN Bakal Libatkan Pelajar Tingkatan 4 & 5

Ft Plkn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan akan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang telah dimansuhkan pada 2018.


Perlaksanaan PLKN ini akan dijalankan menerusi dua fasa. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata Fasa 1 membabitkan pelajar Tingkatan 4 menerusi silibus Kementerian Pendidikan (KPM) yang mengandungi silibus kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap akan diperkasakan pada peringkat itu.

Artikel Berkaitan : Dengan ‘Template’ baru, Pelatih PLKN 3.0 Bakal Jalani Latihan Di Kem Tentera

Artikel Berkaitan : “Rakyat sedang susah, lapar dan sakit” – Syed Saddiq Tak Setuju Cadangan ‘Hidupkan’ Semula PLKN

Kata Datuk Seri Mohamad Hasan lagi, pelajar tingakatan 5 dikecualikan untuk latihan dalam Fasa 1 bagi memberi laluan kepada mereka untuk membuat persediaan menempuhi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mereka akan menyertai Fasa 2 di kem latihan tentera wataniah sedia ada.

Xyvnpash Buletin Tv3 43

“Jawatankuasa yang sudah dilantik itu memberi pandangan kepada pihak kementerian dan kementerian memohon supaya ia diubahsuai sehingga ke satu tahap yang mana melihat kepada kepentingan penyertaan daripada peringkat sekolah lagi dan bukan saja fasa selepas sekolah.”

“PLKN Fasa 1 membabitkan penglibatan di fasa sekolah, manakala PLKN Fasa 2 pula selepas fasa sekolah, iaitu selepas peperiksaan SPM.”

“Selepas pembabitan belia dalam PLKN ini, mereka akan disambut oleh agensi lain sebagai kesinambungan kelahiran mereka daripada program ini.”

Jelas beliau lagi, tempoh pelaksanaan PLKN Fasa 2 hanya akan dijalankan selama 45 hari. Mengulas lanjut, sebanyak 13 kem tentera wataniah seluruh negara untuk perlaksanaan PLKN ini yang membaitkan anggota tentera sendiri sebagai pelatih.

Sumber : TV 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.