in

“Naya orang hat dok p cari oiii” – Page FB Menipu Netizen, Promosi Lokasi Menarik di Kedah Rupa-rupanya Dekat Thailand!

Thailand

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjelang cuti hujung tahun, admin pasti ramai di antara kita sedang mencari lokasi menarik untuk bercuti bersama keluarga meskipun sekarang kita sedang menghadapi situasi pandemik COVID 19.


Dalam mencari idea untuk bercuti, paling best kalau kita jumpa page yang share tempat-tempat menarik di Malaysia dan bolehlah kita kongsikan bersama rakan atau keluarga untuk rancangan di masa hadapan.

Namun tidak pula admin sangka, netizen baru-baru ni kena scam hidup-hidup dek kerana sikap tak bertanggungjawab satu page Facebook ini yang berkongsi lokasi menarik di Yan, Kedah yang menjadi tarikan ramai. 

Travel 1

121615140 189568355943457 4810766673716143894 N

121667417 189568345943458 4239096286112516264 N

121692322 189568352610124 9154663613266772066 N

121729405 189568342610125 6380755510631464317 N

 

“Mana ada ni kat Yan, Kedah!” 

Sesiapa saja kalau melihat foto di atas pastinya teruja nak ke sana sebab permandangan yang cantik dan juga boleh naik bot di tengah sungai kan? Tapi tahukah korang rupa-rupanya tempat ini bukan di Yan, Kedah tapi di Thailand. Nayaa pak karim semua pakat cari nanti! 

Perkara ini dibongkarkan page Kedah Kini yang mana mereka takut kebanyakan pelancong luar Kedah tertipu dan akan ‘pulun’ cari tempat yang tidak wujud di negeri tersebut.

Kedah memang banyak tempat menarik.tapi kita tak perlu promosi yang tak betoi…Mana ada kat yan camni setahu admin…

Posted by Kedah Kini on Sunday, December 27, 2020

Rata-rata komen netizen di page tersebut seakan-akan masih belum mengetahui bahawa lokasi itu tidak wujud di Kedah. Namun ada juga segelintir yang sudah sedar dan berasa sangat tertipu.

Harreee Penipu

Hasil siasatan netizen tempat terbabit bernama O2 Kaffee & Bistro yang terletak di Nakhon Pathom, Thailand.

Kalau pintu sempadan dah buka nanti, bolehlah korang pergi ye. 

Baca: “Balik kampung bawa virus” – Penularan COVID 19 Di Kedah Membimbangkan, Terdapat Kes Punca Orang Luar Balik Bercuti Ke Kampung

Kes Import Kedah

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.