in

“Nama saya Emily!” – Seram! Lelaki Jumpa Patung & Surat Misteri Dalam Dinding Rumah, Rupanya…

Fi Patung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang, terjumpa satu ‘benda’ yang pelik dalam rumah korang dan lebih menakutkan lagi, benda tu dah ada dekat sana sebelum korang tinggal dekat rumah tu lagi.



Perkara itulah yang dialami oleh seorang guru sekolah yang berasal dari United Kingdom ini, apabila dia menemukan satu ‘benda’ yang misteri setelah memasuki rumah barunya.

 

Patung & nota misteri dalam rumah

Lelaki tersebut Jonathan Lewis, berusia 32 tahun ini mendakwa ada terlihat satu wayar yang terkeluar dari dinding. Difahamkan juga, pemilik sebelum ini meletakkan peti ais di ruangan tersebut.

Dek kerana dia tak pasti wayar apa yang dilihat itu, Lewis terus bertindak dengan memecahkan dinding yang diperbuat dari plasterboard terletak di bawah tangga.

Patung Misteri 1

Namun apa mengejutkan lelaki tersebut, dia telah menjumpai sebuah anak patung diperbuat daripada kain yang terdapat di dalam dinding berkenaan lapor Mothership.

Bukan itu saja, ianya jadi lebih menyeramkan apabila di pangkuan patung tersebut terdapat nota yang ditulis di atas sehelai kertas. Dalam nota berkenaan menyatakan bahawa nama patung itu ialah Emily dan pemilik asalnya tinggal di rumah pada tahun 1961.

Menerusi nota tersebut juga, dikatakan seolah-olah patung tersebut tidak menyukai pemiliknya itu. Dalam nota tersebut juga mengatakan bahawa Emily telah menikam pemiliknya.

Patung Misteri 3

Oleh sebab risau dengan perkara tersebut, rakan kepada Lewis menasihatinya supaya pindah ke rumah lain. Tapi Lewis yakin bahawa penemuan itu hanya satu gurauan.

 

Owner lama yang tinggalkan

Yakin dengan firasatnya itu, Lewis turut memberitahu penjelasan yang diterimanya daripada ejen hartanah rumah berkenaan dan mendapati dapur itu baru saja dibuat kira-kira empat atau lima tahun lalu. Lewis juga turut merasakan bahawa nota tersebut baru ditinggalkan sebab tak kelihatan terlampau lama.

Akhirnya tekaan Lewis betul, hal ini setelah pemilik rumah terdahulu menjelaskan bahawa dia yang tinggalkan anak patung dan nota di sebalik dinding berkenaan.

Patung Misteri 2

Pemilik wanita itu turut memberitahu bahawa mereka membaiki dapur tersebut pada tahun 2015, dan dia merasakan perkara tersebut merupakan ‘idea yang lucu’ dan mendapat ilham setelah meminum beberapa gelas wain.

Nak dijadikan cerita, nota tersebut telah ditulis oleh salah seorang dari mereka dan sengaja dimasukkan ke dalam dinding. Kemudian, mereka terlupa mengenai nota tersebut setelah mereka pindah.

Wanita tersebut turut menambah bahawa mereka tiada niat jahat, dan menyatakan mereka sekeluarga sebelum ini telah tinggal di sana selama 25 tahun dan tak pernah mengalami sebarang peristiwa menakutkan dan hanya kenangan yang gembira.

Selain itu, rumah tersebut siap dibina pada tahun 1964, satu-satunya ‘perkara’ yang mati di rumah tersebut adalah hamster dan beberapa ekor ikan.

Alahai ingatkan memang betullah ada yang mati. Kena scam rupanya.

 

Baca : “Apaa tu!” – [VIDEO] Seram! Gadis Sering Diganggu, Terakam Kelibat ‘Lembaga’ Dalam Rumah

Foot Patung Misteri

Sumber: Mothership
Sumber: Mothership
Sumber: Mothership

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.