in

“Apaa tu!” [VIDEO] Seram! Gadis Sering Diganggu, Terakam Kelibat ‘Lembaga’ Dalam Rumah

Fi Antu 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti sering kita dengar bahawa setiap orang ada kelebihannya masing-masing, perkara ini termasuk jika seseorang itu ada kebolehan untuk melihat makhluk halus.



Namun ada juga sesetengah itu, seakan boleh merasai keberadaan makhluk-makhluk tersebut di sekitar mereka.

 

Terdengar bunyi pelik… Kelibat ‘pontianak’ menunggu

Tular di media sosial baru-baru ini, perkongsian oleh seorang gadis boleh membuatkan kita semua meremang.

Kisah tersebut dimuat naik melalui akaun TikTok @qstnygi, di mana pengalaman seram ini dialami sendiri gadis bernama Qistina di dalam rumahnya.

Ceritanya, pada satu hari tu Qistina berada di rumahnya sendirian dan dia terdengar ada bunyi pelik di tingkat atas rumahnya.

Dia yang tertanya-tanya apa terjadi terus naik ke tingkat atas, sambil merakam jika ada sebarang ‘benda’.

Namun perkara seram dilalui gadis tersebut, dia terlihat satu susuk ‘lembaga’ ketika menaiki tangga rumahnya. Bagaikan tak sangka dengan apa dilihat, gadis tersebut terus lari turun ke bawah semula.

@qstnygi

dah aku tak sanggup dah #hantu #seram

♬ bunyi asal – qistina ackerman – qistina ackerman

 

Selalu seorang… Sering dengar bunyi pelik

Menurut gadis berusia 19 tahun ini juga, dia selalu berada di rumah seorang diri kerana ibu bapanya selalu pulang lewat malam atas urusan bekerja.

Qistina juga memberitahu bahawa dia dan keluarga baru berpindah ke rumah tersebut, sering juga dia terdengar bunyi ‘pelik’ sepanjang berseorangan di rumah itu.

Beberapa hari lalu juga gadis itu ada memuat naik posting, menunjukkan dia terlihat kelibat lembaga yang sama ketika hendak membuang sampah.

@qstnygi

hurm tak mampu berkata #hantu #seram

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Seram weh! Kalau korang still berani tak nak duduk sorang-sorang kat rumah?

 

Baca : [Video] Seram! Wanita Cari Kucing Hilang, Rupanya Tengah ‘Main’ Dengan Kelibat Berambut Panjang

Foot Antu 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.