in

Wanita Buat Nota Kelas Memandu Dah Macam Nak Jawab ‘Exam’ Raih Perhatian Netizen

Dfwd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi kebiasaan apabila kita lihat sesetengah orang yang dikatakan terpaksa membuat ujian ulangan kelas memandu selepas beberapa kali gagal tak kisahlah dari ujian litar mahupun jalan raya.


Jadi, sudah tentu konsisten semasa latihan berlaku amat penting demi meningkatkan kecekapan pelajar agar berjaya mendapatkan sekeping kad lesen memandu dengan hanya sekali percubaan.

Namun berbeza dengan seorang wanita yang dikatakan melakukan sesuatu perkara yang jarang orang buat semasa belajar di kelas memandu baru-baru ini.

Buat nota kelas memandu macam nak jawab ‘exam’

Sebuah video telah tular di laman Tiktok yang telah dikongsikan oleh Nish (@areyounishh.s) memaparkan pengalamannya mengambil ujian memandu dengan membuat nota yang boleh dilihat berhelai-helai dah macam nak jawab exam besar!

@areyounishh.s

My Lesen Kereta (manual) journey. Bukan senang nk jadi senang?Kena hadap marah, leteran dgn cikgu lagi hahaha, but alhamdulillah im proud of myself❤️#keretamanual #lesenmemandu #fyp #fypage #foryoupage

♬ Enchanted Taylor Swift – Kaylen

“My lesen kereta (manual) journey. Bukan senang nak jadi senang. Kena hadap marah, leteran cikgu lagi hahahaha but alhamdulillah im proud of myself.”

Menerusi video tersebut, dilihat juga beberapa nota yang berkenaan dengan ujian litar iaitu cara-cara semasa membuat ujian selekoh Z, tiga penjuru dan sebagainya. Dia juga membuat checklist untuk Rutin Sebelum Memandu (RSM) di telefonnya. wah gigih betul!

Dia juga mengikuti sebuah akaun TikTok yang memberi tips kepada pelajar yang sedang belajar di kelas memandu sebagai alternatif mengulang kaji di rumah.

“Saya banyak save video memandu macamni.”

Lulus di ujian jalan raya tapi gagal di ujian litar

Dia juga mengatakan dalam video tersebut yang dia berjaya melepasi ujian jalan raya tetapi gagal di ujian bahagian dua iaitu ujian litar.

“First try JPJ test saya gagal di ujian litar. Gagal dekat bukit hahaahha. Second try saya cuba dan akhirnya lulus juga!”

Netizen puji kegigihan wanita tersebut siap buat nota panjang

Video tersebut raih perhatian netizen dengan rata-rata daripada mereka memuji kegigihan wanita tersebut yang membuat pelbagai nota dan mengambil inisiatif untuk menonton tips belajar memandu sebagai usahanya untuk mendapatkan lesen memandu.

Ada juga daripada mereka yang terhibur dengan gelagat wanita tersebut yang dianggap terlalu sangat gigih sampai buat nota macam nak jawab exam. hahahaha!

Screenshot 2022 08 12 At 12.55.29 Pm

Screenshot 2022 08 12 At 12.55.35 Pm

Screenshot 2022 08 12 At 12.56.02 Pm

Lain orang lain cara, ada yang cepat tangkap ada yang tidak. Tapi apa-apapun, min salute dengan akak kita ni dalam mengharungi liku-liku dalam ujian memandu.Tahniah!

Baca: “Bukan tekan brek, tapi tertekan minyak” – [VIDEO] Terlalu ‘Nervous’ Masuk Kelas Memandu, Gadis Menangis Hampir Langgar Cikgu

Screenshot 2022 08 12 At 1.00.07 Pm

 

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.