Berniaga adalah 9/10 dari sumber rezeki. Jadi tak hairan lah ramai orang berniaga zaman sekarang, tambah-tambah lagi anak muda. Bukan mudah nak berjaya atas usaha sendiri, tapi gadis ini buktikan usia muda bukan alasan untuk jadi peniaga yang berjaya.
Menurut Nona, gadis dikenali sebagai Nur Aliah Mohd Nor ini sudah memiliki shop lot sendiri hasil usaha kerasnya selama ini. Shop lot tersebut yang nilainya hampir mencecah RM1 Juta membuatkan Aliah berada dalam kelasnya tersendiri kerana tak ramai anak muda berjaya miliki aset semahal tu.
Mula berjinak-jinak dalam perniagaan dengan membuat dropship produk orang lain, Aliah mengaku kejayaan yang dimiliki tak datang bergolek. Pernah kehilangan hampir RM100,000 suatu ketika dulu, dari situ lah Aliah belajar selok belok berniaga dan erti hidup yang sebenar.
Ada ramai pengikut dan networking di laman sosial, Aliah tak lokek untuk kongsi ilmu dengan sesiapa sahaja. Ini ada beberapa tips yang Aliah kongsikan untuk korang yang nak berjaya dan beli shop lot macam dia:
- Daftar perniagaan dengan SSM walaupun buat dropship
- Jangan lupa buka akaun untuk perniagaan
- Biasakan diri simpan duit hasil perniagaan walaupun sikit
- Sentiasa rekodkan duit tunai dari pelanggan walaupun RM1
- Buat banyak research, tanya orang sebelum decide nak beli shop lot
- Sentiasa semak aliran tunai, make sure simpanan cukup
- Simpan savings dalam pelbagai medium simpanan dan pelaburan
- Cari ejen hartanah yang dipercayai
- Make sure shop lot yang nak dibeli dekat dengan rumah
- Sentiasa survey dulu lokasi dan harga
- Kalau nak beli office, cari yang dah renovate
- Tanam azam nak ada hartanah sendiri
- Buat visualization board untuk tulis impian, doa sampai tercapai
Bukan mudah nak berjaya ni kan. Kena ada pelan yang terancang dan usaha keras. Impian Aliah yang seterusnya adalah nak beli rumah sendiri sebelum umur 28 pulak. Wah! memang tinggi cita-cita Aliah ni. Memang boleh jadi inspirasi untuk kita semua!
Baca: Muda, Cantik dan Berjaya. Mira Filzah Punyai Biasiswa Atas Nama Sendiri Berjumlah RM1.3 Juta