in

Muzium Selfie: Spot Menarik Terbaru di KL Untuk Si Kaki Instagram

Selfie Museum

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gila selfie? Haa korang mesti suka bila dengar Malaysia dah ada muzium selfie pertama yang baru dilancarkan semalam (28 Ogos) di Fahrenheit 88, Kuala Lumpur. Wow! 


Tarikan terbaru yang ikut trend anak muda sekarang ni berbentuk taman tema mini yang mana di dalamnya ada 9 jenis bilik dengan tema-tema yang menarik. Lima daripada bilik ni pulak diinspirasikan daripada manisan kegemaran rakyat Malaysia! Wuuu dap dap tu!

Antara tema yang ditawarkan untuk pengunjung berselfie ialah:

  • The Giant Cakes’
  • ‘Everything’s Sweet’
  • ‘Fluffy Path’
  • ‘Ice-Cream World’
  • ‘Rainbow’
  • ‘Super Happiness’
  • ‘Splash Lab’
  • ‘Do-Nut-Stop’

Colourful betul bilik-bilik ni semua tau! 

Yang lagi best, semua bilik-bilik ni ada penaja yang tersendiri seperti Hotlink, dUCk Scarves, Tealive & IlaoIlao, Baskin Robbins, SAMSUNG Galaxy dan Pandora.

Dan korang bukan je boleh berselfie semata-mata, sambil tu boleh jugak merasa dessert sedap macam SECARA PERCUMA. Antaranya, cupcakes, aiskrim Baskin Robbins, minuman TeaLive dan macam-macam lagi. Sedapnyaaa!

Mula dibuka esok (31 Ogos), korang boleh buat pembelian tiket secara walk-in atau online.

The Selfie Museum

Alamat: Unit 2.28, Level 2, Farenheit 88, Jalan Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia.

Waktu Operasi: 10 pagi hingga 10 malam, Isnin hingga Jumaat

Harga tiket: RM45 (Dewasa) / RM30 (Kanak-kanak)

Tapi kalau korang beli tiket secara online, muzium ni tengah offer harga diskaun bagi early birds dan hanya valid sehingga Ahad (2 September) ni je tau! Tempah tiket kat sini.

So kalau tak ada buat apa-apa sempena cuti Hari Kemerdekaan esok, jomlah ramai-ramai ke muzium selfie! Jangan lupa upload gambar-gambar selfie tu ke Instagram dan tag @selfiemusuemkl tau! 

Sumber gambar: Selfie Museum & Instagram

Baca: Make Up Sambil Main Game? Chanel Buka Coco Game Centre Pertama di Kuala Lumpur

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.