in

Murtabak Hangus, Karipap Inti Angin… Sekarang Roti Gulung Sosej Berulat Pula!

Roti Gulung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya, bulan Ramadan ini media sosial kita dihiasi dengan pelbagai jenis makanan ‘tidak senonoh’ yang dijual di bazar Ramadan. Jika dulu kita ada murtabak hangus, taufufa basi, karipap inti angin dan sebagainya, kali ini seorang wanita di Temerloh pula menjadi mangsa roti gulung sosej berulat.


Apa agaknya perasaan pembeli apabila mendapati juadah berbuka mereka dipenuhi ulat. Mestilah geli bukan?

Itulah perasaan Nor Suhaili yang terkejut apabila mendapati roti gulung sosej yang dibelinya sudah basi dan dipenuhi ulat!

Kalau korang semua tak percaya, cuba tengok video roti gulung sosej yang telah Suhaili muat naik pada laman Facebooknya:

Menurut laporan Sinar Harian, Suhaili dikatakan telah membeli makanan tersebut dengan harga RM 3.

“Ketika berbuka puasa, suami dan anak sudah makan dua ketul seorang, tinggal seketul lagi tak sempat jamah sebab seorang lagi anak hanya mahu makan sosej.”

“Alangkah terkejutnya kami sebab ternampak ulat bergerak dalam jumlah yang banyak pada sosej dan roti tersebut!”

Walau bagaimanapun, Suhaili sempat memberitahu Sinar Harian bahawa ini merupakan kali pertama dia mengalami masalah sedemikian. Katanya lagi, kawasan gerai yang dibelinya itu bersih.

“Mungkin vendor yang letak makanan itu sebab selama ini tiada masalah dan keadaan gerai pun bersih.

“Kesal memang kesal kerana ia boleh menjejaskan kesihatan pengguna, saya harap mereka yang menjual makanan ini lebih bertanggungjawab serta peka dengan cara penyediaan makanan.”

Hai… Agaknya bilalah orang yang menjual di gerai atau bazar Ramadan ini akan menitikberatkan kebersihan dan bukan keuntungan semata-mata ya?

Sumber: Sinar Harian

Baca: Lagi Makanan Scam Di Bazar Ramadan, Kali Ini Taufufa Bertukar Jadi Mozarella Cheese!

Roti Gulung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.