in

Lagi Makanan ‘Scam’ Di Bazar Ramadan, Kali Ini Taufufa Bertukar Jadi ‘Mozarella Cheese’

Bazar Ramadan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kali tibanya bulan Ramadan, pasti ada sahaja pembeli yang berkongsikan rasa kecewa mereka dengan kualiti makanan di bazar Ramadan. Ada yang terbeli makanan basi, dan ada juga yang mendapat makanan yang berkulat dan berbau.


Terbaharu, seorang pembeli berkongsikan beberapa gambar serta video keadaan taufufa gula putih yang dibelinya di sebuah bazar Ramadan. Perkongsian tersebut dibuat menerusi satu hantaran di kumpulan Facebook, B40 Buat Perangai Apa Harini.

1 1

Menurut individu tersebut, dia mendapati taufufa tersebut sudah basi ketika mahu menjamahnya sewaktu berbuka puasa. Lebih mengecewakan, taufufa itu langsung tidak boleh dimakan kerana keadaannya yang terlalu teruk.

Menerusi perkongsian tersebut, keadaan taufufa itu sudah melekit serta berketul. Malah, individu tersebut turut menyifatkan makanan tersebut seperti keju mozarela kerana terlalu melekit dan pekat.

2

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati dengan kualiti makanan tersebut. Rata-ratanya menyeru pihak berkuasa untuk memantau kualiti makanan di bazar Ramadan pada setiap hari untuk mengelakkan perkara sama terjadi.

“Mana pihak berkuasa, minta pantau setiap hari, semak satu-satu gerai jualan makanan, semak bau dan tekstur makanan yang dijual. Setiap hari pembeli mengadu, kesian. Sudahlah makanan dijual mahal, bila tak habis disimpan banyak hari pula,” tulis seorang individu.

“Alamak, teruk betuk rupa taufufa ini, betul jimat peniaga macam ini. Makanan berkacang memang cepat basi, memang tak elok nak simpan banyak hari,” komen seorang warganet berkenaan taufufa tersebut.

Apa pendapat anda?

Kredit: Kosmo

BACA: Lelaki Beli Air Cincau Sebab Nak Minum Lepas Terawih, Sekali Cincau Hanya Contengan

Cats

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.