Sebelum ini pelajar ipt diarah untuk meninggalkan kawasan universiti termasuklah kolej disebabkan semua kelas yang melibatkan kehadiran fizikal ditukar kepada online class. Oleh itu, ada certain student yang membiarkan barang mereka di kolej memandangkan mungkin akan pulang semula ke universiti. Tapi tak sangka lama pulak PKP sampai berbulan-bulan.
Hal ini berhubung dengan satu perkongsian di Twitter di mana keadaan bilik pelajar di kolej seakan-akan diselongkar dan barang-barang semua bersepah selepas mereka meninggalkan bilik itu beberapa bulan akibat PKP.
Apa yang dilihat betul-betul tak disangka dengan keadaan barang tak teratur, makanan dan expired. Bukan tu je, malah sampai ada bangkai kucing yang terlantar di atas lantai bilik mereka.
Berkemungkinan barang-barang diorang jadi macam ni mungkin sebab haiwan liar contohnya monyet masuk ke dalam bilik melalui tingkap.
Roti yang dah expired
Kucing jadi bangkai
Menerusi ruangan komen, ada juga pelajar lain yang berkongsi keadaan bilik mereka apabila ditinggalkan sewaktu PKP.
Kucing dah reput
Memang meremang bulu roma weh…
Lepas ni even tinggal lama atau kejap je, bilik kat kolej tu pastikan tinggalkan dalam keadaan bersih, tutup semua tingkap, lipat tilam, kunci pintu bilik. Selain dapat mengelakkan haiwan-haiwan liar masuk dapat juga elak daripada barang dicuri.
Kena kerja keras lah nak bersihkannya ni