Pandemik COVID-19 sememangnya satu virus yang menyusahkan, ini kerana bukan sahaja dia mencemaskan manusia, malah virus ini turut menjadi punca ekonomi merundum.
Dalam hal ini, pelbagai inisiatif kerajaan telah keluarkan bagi membantu mereka yang yang susah. Namun, sebenarnya ada juga penduduk menolong mereka situasi ini, cuma nama mereka tak diwar-warkan.
Baru-baru ini seorang kanak-kanak berusia 6 tahun dari India telah menyumbangkan dana pada badan NGO untuk membantu golongan yang terjejas dengan pandemik ini, lapor Hindustan Times.
Kanak-kanak tersebut bernama Kavir Mody yang duduk di Breach Candy, India boleh dikatakan suka membantu orang dari segi wang dengan penjualan hasil seninya.
Niat baik adik ini turut disokong oleh ibunya sendiri yang bernama Urvashi, malah penduduk di kawasan itu turut memberi dorongan.
Sangat membanggakan, kanak-kanak ini telah sumbangkan duit lebih daripada RM3,000 pada satu badan bukan kerajaan iaitu Shiramad Rajchandra Love and Care (SRLC).
Kumpulan ini akan menyediakan bekalan dan peralatan berkaitan dengan COVID-19 di hospital-hospital berdekatan.
Menurut laporan, Kavir telah mula melukis sejak dari perintah berkurung pada bulan 3 lalu. Tercetus ideanya untuk melukis bila dia cuba experiment pada sebuah kanvas.
Pada mulanya saya risau tiada siapa akan beli lukisan saya, sebab saya kanak-kanak. Bila gambar saya mula masuk katalog, ramai orang mula membuat pesanan lukisan” – Urvashi
Kecik-kecik dah ada nawaitu baik untuk bantu orang, bangga mak ayah kau dik.