in

“Sebar penyakit dikira kecuaian ibu bapa” – Ibu Bapa Yang Tak Vaksin Anak Mereka Boleh Disaman?

Antivaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah sekian lama, Polio kembali ke Malaysia, dan ia telah memberikan imbak terbesar bagi kalangan ibu bapa.


Ramai antara mereka mungkin dah mula bimbang dengan anak-anak, ini kerana penyakit ini sangat mudah dielakkan tapi menjadi melarat akibat sikap segelintir ibu bapa yang anti vaksin.

Disebabkan itu Malay Mail ada laporkan yang kita boleh saman ibu bapa anti vaksin ini kalau dia tak buat vaksin kepada anak mereka.

 

Mengikut prinsip umum tentang kecuaian, seseorang individu mempunyai kewajipan untuk elakkan diri daripada membahayakan orang lain dan kanak-kanak lain” – Peguam

Vaksin

Ia dilakukan sebagai langkah pencegahan daripada penyakit terus merebak malah untuk mendorong ibu bapa untuk vaksin anak mereka (terutamanya virus polio, selepas hampir 3 dekad negara kita bersih daripada penyakit ini).

Jadi, penguam Sachpreetraj Singh menjelaskan bahawa kita boleh saman ibu bapa yang enggan melakukan vaksin tersebut.

Ia sekaligus mendorong ibu bapa agar mengambil berat terhadap vaksinasi ini. Jadi sebaik sahaja mahkamah telah mencapai persetujuan bahawa ibu bapa anti-vaxxer mempunyai tanggungjawab untuk melakukan vaksinasi kepada anak-anak mereka, tjika gagal berbuat demikian, ia telah membahayakan kanak-kanak lain, maka satu kes boleh dibuat sebagai pelanggaran tugas penjagaan.

Jadi, jika anak mengidap penyakit dari seorang kanak-kanak yang ibu bapanya anti-vaxxer, mereka boleh ambil tindakan ini akibat  kecuaian.

Malah, seorang lagi peguam Ramesh Sivakumar menegas kan bahawa,

Sekiranya ibu bapa tidak mendedahkan bahawa anak tidak divaksin dan berisiko untuk menularkan penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin, dan juga gagal mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan orang lain yang berisiko terkena jangkitan, mereka sepatutnya dipertanggungjawabkan kerana melanggar kewajipan untuk mereka yang dijangkiti oleh kanak-kanak yang tidak cacat, “

Vaksin2

Bagaimanapun, ibu bapa haruslah membunyai alasan dan bukti yang kukuh bahawa anak mereka terkena jangkitan penyakit oleh individu terbabit yang tidak mengambil vaksin.

Pendek kata, korang memang boleh saman ibu bapa yang tak vaksin anak mereka, tapi bukanlah saman sewenang-wenangnya, jika sakit anak mereka tu berjangkit dengan anak korang yang dah vaksin, kemudian ada bukti baru lah boleh saman sebab jadi punca penyebaran penyakit dan dakwa ibu bapa cuai.

 

Baca : “Polio tu boleh sebabkan lumpuh seumur hidup” – Virus Polio Kembali Semula Lepas 27 Tahun Hilang Dari MalaysiaPolio

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.