in

“Mungkin dah terdesak” – Ingatkan Bawa Beg Galas, Netizen Risau Lihat Bapa Ni Bawa Bayi Naik Motosikal Lalu Penang Bridge

Bawa Anak Kecil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam kehidupan ini, kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita ada. Kadangkala memang kita rasa macam sesak sikit atau kurang duit di hujung bulan, tapi sekurang-kurangnya kita masih ada kereta dan rumah untuk berteduh.

Cuba kalau korang berada di tempat lelaki kat bawah ni. Sebak bercampur risau pula min tengok dia bawa anaknya yang masih bayi menaiki motosikal melalui Jambatan Pulau Pinang. Allahu… 


 

“Allah… ingatkan abang ni galas beg belakang dia… bila ushar dekat-dekat rupanya ada baby” 

Menerusi perkongsian page FB Penang Kini, seorang lelaki dilihat menunggang motosikal melalui Jambatan Pulau Pinang sambil menggalas sebuah ‘beg kecil’ di belakang badannya.

Namun bila ditengok dekat-dekat, rupanya ia bukanlah sebuah beg tetapi seorang bayi kecil digalas di belakangnya. Allah kesiannya budak tu lalu bridge panas-panas gini… 

Kesian

81520849 2610438099193659 8456442133652439040 O

81659450 2610438049193664 4703422018744221696 O
sumber: facebook

Berikut pula video yang dikongsikan netizen.

 

“Patut galas depan sebab kecil lagi. Jambatan pun bahaya bawa moto, kadang angin kuat” 

Selain daripada simpati dengan nasib bapa bayi itu, video tersebut juga mengundang rasa risau netizen yang merasakan bayi tersebut sepatutnya dibawa di bahagian depan dan bukannya digalas di belakang.

Yalahkan, sekurang-kurangnya kalau bayi tu nangis atau apa-apa jadi boleh tengokkan. 

Depan
sumber: facebook

 

“Semoga dipermudahkan urusan brother tu… mungkin itu ja kenderaan yang dia mampu” 

Walau bagaimanapun, ramai yang berfikiran positif dan mendoakan semoga lelaki tersebut bersama anaknya selamat dan mendapat rezeki melimpah ruah daripada Allah SWT.

Allah Bantu
sumber: facebook

Bagi mereka yang mengenali bro ni, harap adalah yang sudi membantu. Kasihan pulak tengok dia bawa anak macam tu di belakang. 

Baca: “Hulu mana mai ni, buat peghak” – Mat Rempit Buat Aksi Bahaya, Sesuka Hati Panjat Jambatan Pulau Pinang

Penghak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.