in ,

“Hulu mana mai ni, buat peghak” – Mat Rempit Buat Aksi Bahaya, Sesuka Hati Panjat Jambatan Pulau Pinang

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau pelancong datang ke Pulau Pinang, benda paling excited yang korang nak tengok dan experience pastinyalah Jambatan Pulau Pinang sebab ia mercu tanda bagi negeri Pulau Mutiara ni.

Bagi mereka yang first time ke Pulau Pinang ni, admin faham perasaan korang yang nak bergambar atau ambil instastory sepanjang melalui jambatan kelima terpanjang di Asia Tenggara ni.

Sumber: Makan Lena

 

“Kalau ditakdirkan jatuhlah…” 

Tapi korang janganlah tunjuk ‘jakun’ atau orang Penang cakap ‘peghak’ sangat sampai buat aksi berbahaya kat bawah ni.

Menerusi perkongsian Facebook Penang Kini, sekumpulan ‘mat rempit’ dilihat telah berhenti di atas jambatan dan memanjat tepi palang besi jambatan tersebut.

Kalau diikutkan, tindakan ni memang salah sama sekali sebab tak ada kenderaan boleh berhenti atas jambatan kecuali sebab kecemasan je.

Aksi berbahaya di atas jambatan. Berhenti diatas jambatan P.Pinang adalah dilarang sama sekali kecuali kecemasan. Kalau ditakdirkan jatuhlah…🤦‍♀️

Posted by Penang Kini on Sunday, December 29, 2019

 

“Ni perangai tak pernah masuk Penang ni, perangai tu menyusahkan orang” 

Seperti yang korang dapat agak, perkara ni telah menimbulkan kemarahan netizen terutamanya warga Penang yang merasakan tindakan ni bakal menyusahkan pengguna jalan raya dan pihak berkuasa. 

Yelah kan, katakanlah kalau korang terjatuh… haa siapa yang susah? Polis dan bomba pasti kena kerah untuk operasi menyelamat. Malah benda-benda macam ni boleh sebabkan kemalangan atau kesesakan atas jambatan tau.

Sumber: Facebook

 

“Buat relax, depa sekali sekala dapat naik jambatan tu” 

Macam mana pun, masih ada yang back up tindakan rider-rider tersebut kerana bagi mereka perkara ni bukan isu besar pun. Bagilah kesempatan mereka nak merasa ‘excited’ first time naik jambatan.

Sumber: Facebook

Bagi admin kalau nak bergambar tu tak salah tapi pastikan pengguna jalan raya mengikuti undang-undang semasa memandu di atas jambatan. Kalau dah jadi kemalangan nanti, jangan pulak nak salahkan orang lain. 

Baca: “Rasa macam otw ke alam barzakh” – Jerebu Terlampau Teruk, Netizen Terkejut Tengok Video Jambatan Pulau Pinang ‘Hilang’!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari: