Baru-baru ini, tular tuduhan dari netizen yang mengatakan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak mempunyai job kerana sering muncul di live TikTok bagi mempromosi produk Simplysiti.
Namun tuduhan itu dipatahkan oleh anak tirinya, Asyraf Khalid yang mengatakan Datuk Siti sudah mengadakan tiga konsert hanya pada tahun ini dan ia menjadi kebiasaan bagi pemilik perniagaan itu untuk mempromosi produk keluarannya di media sosial.
Artikel berkaitan: Dituduh Tak Ada Job Sebab Sering Muncul Di ‘Live’ TikTok, Anak Tiri TokTi Bidas Kenyataan Netizen
Artikel berkaitan: “Baru tahu” – Tak Sangka! Salah Satu Lagu Raya Nyanyian TokTi Adalah Ciptaan Khir Rahman
Siti ketawa dituduh tak ada job
Tuduhan-tuduhan tersebut akhirnya mendapat perhatian empunya diri yang hanya mampu ketawa apabila ada komen yang mengatakan dirinya tiada job, hanya kerana sering membuat tutorial teknik solekan di media sosial.
Menurut Datuk Siti, beliau lebih selesa bersikap husnuzon dan menganggap pihak yang membuat komen negatif itu tidak mengikuti perkembangan terkini dirinya.
Ya, saya baru baca semalam dan memang kelakar. Mungkin tak tahu yang saya baru selesai mengadakan konsert atau mungkin juga dia baru keluar daripada tempurung.
“Saya buat ‘live’ bersolek maknanya saya tengah buat kerja,” katanya.
Datuk Siti juga menganggap komen seperti itu kebiasaannya ditulis oleh mereka yang belum matang fikiran.
Mungkin yang tulis budak-budak sekolah. Biasanya, orang macam itulah tiada benda nak disentuh.
“Tak mengapa, ia tak tinggalkan kesan pun. Kita maafkan sahaja dia,” kata Datuk Siti lagi.
Relaks je Datuk Siti jawab tuduhan netizen. Sebab tu ramai yang suka dia hiks!
Sumber: Harian Metro