“Mulut tu jagalah sikit” – YB Fahmi Fadzil Dikecam Sebab ‘Kutuk’ Orang Bawa Kereta Buruk

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bak kata orang dulu-dulu, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”. Sebab tu, sebelum kita cakap atau buat sesuatu, kita kenalah fikir dulu, lagi-lagi bila bercakap depan orang ramai.

Ahli parlimen Lembah Pantai, YB Fahmi Fadzil mendapat kecaman dari warganet gara-gara tweet-nya yang telah dipadam di bawah baru-baru ini.

Dalam tweet yang korang boleh baca dekat atas ni, mungkin niat Fahmi hanya nak berseloroh sekaligus merapatkan hubungan dengan netizen di Twitter, malangnya gurauannya ini tak diterima dan ramai merasakan yang YB ni tak sensitif.

Memalukan!

Betul juga, kata pengguna twitter ni, entah orang yang pakai kereta ni tak mampu dan ini je satu-satunya kereta yang ada. Sebagai MP patutnya kena tolong rakyat, bukan gelakkan orang susah…

Pengundi kau ramai yang bawak kereta macam ni

Tak membantu langsung MP buat lawak macam ni

Pengguna Twitter ni pula mengatakan yang dia sendiri pernah merasa ayahnya bawa “kereta buruk” macam ni untuk hantar dia pergi ke sekolah sampai kena ejek dengan kawan-kawannya.

So, bila MP buat lawak macam ni, memang tak boleh diterimalah…

Ekoran dari kecaman yang dia terima ini, YB Fahmi telah pun memohon maaf dan mengakui tweet tersebut tidak sensitif.

Harapnya benda ni jadi pengajaranlah dekat YB dan kita semua ye? 

 

Baca: “Bangsa paling takde nilai & kasta paling bawah” – Lelaki Kutuk Orang Asli Ikut Sedap Mulut, Buat Netizen Panas

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson