in

“Muka kami digunakan tanpa consent” – Alif Teega Nafi Aisyah Hijanah Terlibat Isu Komisyen Derma 20%

Aisyah Hijanah Nafi Terlibat Sumbangan 20 Derma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas lama berdiam diri, pempengaruh media sosial Aliff Teega akhirnya bersuara bagi menjawab pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada dia dan isterinya, Aisyah Hijanah berkaitan komisyen derma demi kepentingan peribadi.

Nafi seleweng derma


Jelas Alif menerusi satu hantaran di Instagram, dia menegaskan bahawa dia dan Aisyah tidak terlibat langsung dalam menerima komisyen sebanyak 20% seperti yang didakwa oleh beberapa pihak berhubung kutipan derma menerusi satu platform.

Menurut Alif, dia dan isteri hanya membantu satu badan bukan kerajaan (NGO) untuk mendapatkan dana.

“Dan hari ni, sekali lagi saya bagitahu, saya dan Aisyah tak pernah terlibat dengan komisyen 20% dari sumbangan atau derma dari jomdonate.

“Apa yang sampai akan terus sahaja dimanfaat dan digunakan sebaiknya pada penerima yang memerlukan,” ujarnya.

Artikel berkaitan: Individu Didakwa Pihak Madrasah Tuntut Kutipan Derma Daripada Aisyah Hijanah Lepas 2 Tahun?

Artikel berkaitan: “Kebetulan staff pernah persoal…” – PW Dedah Aisyah Hijanah Pecat Pekerja Tak Ikut Undang-undang?

Walaupun tidak memberikan penjelasan secara menyeluruh, Alif mendakwa fitnah yang tersebar dibuat tanpa usul periksa dan memohon agar tidak memburukkan isterinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)

Dia juga turut mempersoalkan tindakan pihak terbabit sehingga telah membuatkan orang ramai mempercayai bahawa mereka terlibat dengan isu tersebut.

Malah, dia juga kesal dengan pihak kutipan derma kerana wajah mereka digunakan tanpa kebenaran dan mendakwa mungkin tawaran itu diberikan kepada influencer lain.

Berkaitan tentang dakwaan kutipan derma madrasah, Alif menyatakan isu terbabit sudah pun diselesaikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)

Jelas Alif lagi, atas nasihat daripada peguam dilantik, dia hanya akan bentangkan kepada pihak autoriti untuk memeriksa segala dokumen yang berkaitan dengan sumbangan.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.