in

Misteri! Wanita Hilang Selama Dua Tahun Ditemui Terapung & Masih Hidup Di Tengah Laut

Collage 37

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita yang hilang selama dua tahun tiba-tiba ditemui terapung di tengah laut oleh seorang nelayan.


Angelica Gaitan ditemui terapung di laut sejauh dua kilometer dari pantai. Ketika ditemui, wanita yang lemah kerana terlalu sejuk ini tak boleh nak bercakap bila nelayan yang menemuinya itu tanyakan soalan.

Menurut Mirror, Rolando menemui Angelica terapung di atas pelampung berwarna jingga di tengah lautan dengan mata tertutup sebelum menjerit memanggil wanita itu.

0 Pay Newsflash Adriftwoman 02

Rolando dan rakannya Gustavo kemudiannya cuba untuk menyelamatkan wanita tersebut dengan mencampakkan tali dan menarik wanita itu untuk masuk ke dalam bot.

Dikatakan, nelayan ini ternampak wanita ini selepas “benda” terapung yang dorang ingat kayu tiba-tiba bergerak dan menampakkan seperti tangan orang meminta tolong.

Rolando dan Gustavo kemudiannya cuba tanyakan soalan kepada wanita ini namun Angelica yang kelihatan kecewa ini mula menangis.

Setelah beberapa lama menangis, wanita ini kemudiannya mengeluarkan ayat pertamanya.

0 Pay Newsflash Adriftwoman 04

Saya lahir semula, tuhan tak nak saya mati.”

Wanita ini kemudiannya di bawa naik ke darat sebelum orang-orang tempatan memberi dia rawatan awal dan membawanya ke hospital.

Menurut keluarga Angelica, dorang dah lama lost contact dan tak tahu keberadaan wanita malang ini sejak dua tahun lalu sehinggalah tiba-tiba dia ditemui terapung di tengah lautan.

Pihak polis masih lagi menyiasat apa yang berlaku kepada wanita ini sejak dua tahun lalu dan macam mana dia boleh berada di tengah lautan.

0 Pay Newsflash Adriftwoman 06

Bercerita dengan radio tempatan, Angelica memberitahu yang dia telah menderita selama 20 tahun kerana sering diseksa oleh pasangannya.

“Selama 20 tahun saya terperangkap dalam hubungan toksik. Penderaan ke atas saya bermula bila saya mengandung anak pertama.

“Penderaan ini berterusan sehingga saya mengandung anak kedua tapi saya tak boleh buat apa-apa kerana anak-anak saya masih kecil.

“Saya dah banyak kali laporkan perkara ini kepada pihak polis dan mereka telah menangkapnya selama 24 jam. Tapi bila dia pulang, dia sambung balik dera saya.

“Pada September 2018, dia telah pecahkan muka saya dan cuba bunuh saya tapi saya dapat larikan diri.

“Saya nak bunuh diri kerana tak ada orang nak tolong saya, sebab tu saya dah tak nak teruskan hidup.

“Bila saya sampai di pantai, saya buat keputusan untuk terjun ke dalam lautan dan biarkan laut ambil saya dan tamatkan mimpi ngeri saya.”

1 Pay Newsflash Adriftwoman 03

Selepas itu, memori Angelica kabur selepas dia tak sedarkan diri. Dikatakan, wanita ini telah terapung di atas air selama lapan jam sebelum dia ditemui.

Pun begitu, punca sebenar insiden ini masih belum diketahui dan bila media tempatan cuba minta komen dari anak Angelica, anak perempuannya itu hanya mengatakan yang dia tak jumpa ibunya sejak dua tahun lalu.

 

Baca: [Video] Pelik! Burung Merpati “Beku” Terapung Di Awangan Tarik Perhatian Netizen

Screenshot 2020 09 30 At 4.33.10 Pm

Sumber: Mirror
Sumber: Mirror

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.