in

[Video] Pelik! Burung Merpati “Beku” Terapung Di Awangan Tarik Perhatian Netizen

Untitled Design 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti korang ingat detik di dalam filem Matrix dimana masa menjadi “beku” dan bergerak secara perlahan. Dan baru-baru ini rakaman seekor burung tidak bergerak dan terapung di udara cetus pelbagai ‘teori-teori liar’ dalam kalangan netizen.


Menurut Daily Star, insiden yang pelik itu terjadi di kawasan kejiranan Tuluá Valle, di Colombia, pada hari Khamis, 9 Julai, dan berjaya dirakam oleh penduduk tempatan.

0 Closeup

0 Pigeon

Pejalan kaki serta penunggang motosikal yang turut tercengang melihat kejadian tersebut telah berhenti untuk menyaksikan insiden yang pelik itu.

Ada netizen yang mempunyai penjelasan yang agak masuk akal mendakwa bahawa burung itu telah terperangkap pada wayar yang nipis yang tidak boleh dilihat di dalam video.

“Kabelnya mungkin lebih nipis daripada yang terdapat dalam gambar ini, ianya telah menyebabkan burung malang itu tersekat, boleh dilihat pada awalnya burung itu ada bergoyang sedikit,”

Video rakaman tersebut telah dikongsi dan dimuat naik di halaman Youtube ini mendapat 19 ribu tontonan dan turut menarik perhatian netizen untuk memberi pandangan mereka tentang kejadian tersebut.

Pun begitu, pelbagai lagi spekulasi yang diberikan oleh netizen dan antaranya ialah menganggap objek tersebut sebenarnya adalah ‘drone’. Walau bagaimanapun, masih belum ada maklumat tambahan berhubung rakaman tersebut.

Baca: “Nampak Pelik, Tapi Stail!” Handbag Biskut Ini Buat Ramai Netizen Ternganga!

Capture 2 2

Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.