in

Menelusuri Perjalanan Hidup Tun Dr Siti Hasmah, Pelopor Doktor Wanita & Tokoh Kesihatan Awam

Tun Hasmah Jasa Sumbangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada pagi ini mengundang rasa hiba seluruh negara.

Bukan sekadar dikenali sebagai isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau juga seorang doktor, tokoh wanita dan insan yang mengabdikan sebahagian besar hidupnya demi kesihatan serta kebajikan rakyat Malaysia.


Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun, meninggalkan sebuah perjalanan hidup yang panjang serta penuh dengan sumbangan kepada negara.

Di sebalik senyuman lembut yang sentiasa menjadi ingatan ramai, tersimpan perjalanan hidup luar biasa yang wajar dikenang oleh setiap generasi.

Artikel berkaitan: [TERKINI] Al-Fatihah, Tun Dr Siti Hasmah Meninggal Dunia Di IJN

Antara wanita Melayu pertama dalam bidang perubatan

Dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Kampung Jawa Klang, Selangor, Tun Dr Siti Hasmah membesar dalam suasana yang mementingkan pendidikan. Ketika peluang wanita menyambung pelajaran masih terhad, beliau bertekad mengejar cita-cita menjadi doktor.

Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura sebelum memperoleh ijazah MBBS daripada Universiti Malaya pada 1955.

Pencapaian itu cukup bermakna kerana beliau merupakan antara wanita Melayu pertama yang berjaya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan.

Daripada seorang pelajar perubatan, beliau kemudiannya memilih untuk berkhidmat kepada masyarakat dan menjadikan dunia kesihatan sebagai medan perjuangannya.

Y7Toxpqt77Iyb68Jrt0Sksqkqtkmvi1U Mcb45Ftpqcoqw6Ogaf9Led Xjdqgyzr Ahwfrwhlziq 3Xbec7Zxfhhih 5Mavfetetlupnaqfuarytdmcx9Ya1Qtsjuwh4Pib Ovz6Ypyre6G Juxiff6N Hfrqd4Dyd11 83Om 4Wonwutamva17Yfmyvnpxu 1

Pelopor kesihatan ibu dan anak

Selepas bergelar doktor, beliau berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Kedah dengan memberi fokus kepada kesihatan ibu, bayi dan komuniti luar bandar. Ketika itu, beliau banyak turun padang memberikan rawatan serta pendidikan kesihatan kepada masyarakat yang mempunyai akses perubatan terhad.

Antara sumbangan paling besar Tun Hasmah ialah memperkukuhkan program kesihatan ibu dan kanak-kanak di Malaysia.

Beliau dilantik sebagai pegawai perubatan wanita pertama di Jabatan Kesihatan Ibu dan Anak Kedah sebelum menjadi wanita pertama memegang jawatan Pegawai Kesihatan Ibu dan Anak Negeri pada 1974.

Beliau aktif mempromosikan pemeriksaan kehamilan, imunisasi kanak-kanak, penyusuan susu ibu serta pendidikan pemakanan sihat.

Usaha tersebut membantu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya penjagaan kesihatan sejak awal usia dan menjadi antara asas kepada perkembangan sistem kesihatan awam negara.

70 tahun bersama Tun Dr Mahathir

Mahathir Mohamad And Siti Hasmah Mohamad Ali In 1950S

Tun Hasmah bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mereka sama-sama mengikuti pengajian di Singapura.

Pasangan itu kemudiannya mendirikan rumah tangga pada 1956 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Marina, Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz, selain mempunyai tiga anak angkat iaitu Melinda, Mazhar dan Maizura.

Hubungan mereka bertahan selama tujuh dekad, termasuk ketika Tun Dr Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri.

Artikel berkaitan: Dari Penuntut Perubatan Ke 70 Tahun Perkahwinan, Ini Kisah Cinta Abadi Tun M & Tun Hasmah

Sentiasa dekat di hati rakyat

Tvmymnsvifzih45Xi6Nfzoe9Ysodhsayqtiuuil0Emuwywrmtrpfnpsl5Uatyw4Nhalpdefrkvgxjpbzdca3Hndhokrmlu Wpfq6Vcnmmzukoq23Hm9Hmaugwasvd Ejrkmfv4Tciobqgk8K3Ikffsurwyphl3D Fckdmnoppbmuxraydnuu0Zon1Sh0Vl8F

Apabila Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri pada 16 Julai 1981, Tun Hasmah turut memainkan peranan sebagai isteri Perdana Menteri.

Namun, kedudukannya itu tidak menghalang beliau untuk meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan dan perjuangannya dalam bidang kesihatan.

Malah, beliau menggunakan kedudukan tersebut untuk membawa isu-isu seperti kesihatan wanita, perancangan keluarga, literasi dewasa serta penyalahgunaan dadah ke perhatian masyarakat.

Beliau aktif menghadiri program pendidikan serta kesihatan. Beliau juga menjadi inspirasi kepada ramai wanita untuk berjaya dalam kerjaya tanpa melupakan nilai kekeluargaan.

Dianugerahkan gelaran ‘Ibu Negara’

Jzbxktyxoreb6O7Nct43Bidbxb5Oesvr K1Whvsa3Nowjyh64Owc6 Listoeqityreoul4Cxz3Loncimprr Kd3Sgskviay68Dj1Qqavbuajl3N6A 8Osjatikdfxzolyznnur2D5B1J2Rvybjuovp3Kte17Hdcyysowxptu Ygjrf5Dfb7Omo0Vchwbspdw

Pada 22 Ogos 2019, Tun Hasmah menerima gelaran ‘Ibu Negara’ daripada Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan serta pengorbanannya kepada negara.

Pengiktirafan itu menggambarkan bagaimana jasa Tun Hasmah merentasi pelbagai bidang, daripada perubatan sehinggalah kebajikan, pendidikan, seni dan pembangunan masyarakat.

Menariknya, beliau sendiri berasal daripada sebuah keluarga yang mempunyai sejarah sumbangan kepada negara.

Antara adik-beradiknya ialah Tun Mohamed Hashim, bekas Panglima Angkatan Tentera; Tun Ismail Mohd Ali, bekas Gabenor Bank Negara; dan Tan Sri Ahmad Razali Mohd Ali, bekas Menteri Besar Selangor.

Artikel berkaitan: “70 tahun bersama” – Tun Mahathir & Tun Hasmah Diiktiraf Pasangan Pertama Bekas Ketua Kerajaan Masih Hidup Di Asia

Legasi yang akan terus hidup

N Vv8Kjmsip5Af9Hk2Emj5Evx Hu5 Wqpqzbfb Jfst8N4Iaqao2Umrdgxjkzfnchrxwo4Sdabylb1 Rdxbo8Hejmkg Jq8Nbsqwib2Nv9Jnp2Rah1Ceeafe 1Ag8Focz8Ndqvdpwbqzufltrxypgucn6Fhahvs33H9Tw8Mh43B Hpvauzdvdi8Gk7Zxkzyr

Selama hampir satu abad kehidupannya, Tun Hasmah membuktikan bahawa kelembutan dan ketegasan mampu berjalan seiring.

Lebih daripada sekadar gelaran dan kedudukan yang pernah disandang, nama Tun Hasmah akan terus dikenang melalui legasi yang ditinggalkannya dalam bidang perubatan, kesihatan, pendidikan, kebajikan dan pembangunan wanita.

Al-Fatihah.

Sumber: Berita Harian , Perdana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.