in

Misi Pencarian Hawari Dihentikan, Bakal Disambung Tahun Depan

pencarian hawari ditamatkan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim yang hilang sejak bulan lalu akan ditamatkan pada Jumaat ini dan akan disambung semula tahun depan.

Menurut kenyataan media ME 2023, ketua misi, Azim Afif Ishak berkata, ia terpaksa ditamatkan susulan permit khas pencarian menggunakan dron dan SAR udara yang diluluskan pihak berkuasa Nepal telah tamat serta aktiviti pendakian ke puncak Everest juga ditutup.


Difahamkan, operasi SAR yang diadakan semalam (Khamis) turut mengesan satu objek antara Kem Dua dan Kem Tiga namun selepas dikenal pasti ia hanyalah longgokkan sampah dan khemah yang diterbangkan angin.

“Objek berkenaan dikesan melalui gambar dan video yang dirakam dron pada 8 Jun lalu menunjukkan seperti jasad Hawari berdasarkan warna sut yang digunakan beliau ketika misi pendakian namun sengaja tidak mendedahkannya kerana ia masih belum disahkan lagi,” katanya.

Selain itu, status Muhammad Hawari (ketika ini) diletakkan sebagai ‘orang hilang’ kerana jasadnya masih belum ditemui sehingga kini.

Sebelum ini, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menghulurkan bantuan kewangan sebanyak RM1.48 juta dan Kerajaan Pulau Pinang RM500,000 kepada Kelab Eksplorasi Altitud bagi operasi SAR Hawari.

Semoga ada sinar buat Hawari…

Baca: “Mana daddy?” –  Anak Hawari Mula Bertanya, Luah Rasa Rindu Melalui Lukisan

Ft Anak Lukis Rindu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.