in

‘Mesti orang belakang menyesal makan aiskrim’ – [Video] Sofyank Tampil Dengan Video Baharu, Tapi Aksi Member ‘Otak Beku’ Jadi Perhatian

Gambar Hiasan 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebut sahaja nama Sofyank, pasti semua mengenali anak muda yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini. Namanya bukan sahaja gah di tanah air sendiri, malah bakat anak muda ini turut berjaya menarik perhatian idolanya iaitu Zach King.


Selain pernah berkolaborasi bersama idolanya itu, Sofyank turut pernah berkesempatan untuk bekerjasama dengan pelakon terkenal Hollywood, Will Smith bagi menghasilkan teaser pendek untuk filem lakonan bintang tersebut iaitu Gemini.

Namun semalam, Sofyank kembali menghangatkan sosial media dengan video baharunya. Walaupun tidak menggunakan animasi yang banyak, namun video ‘loop‘ permainan kad itu berjaya untuk membuatkan ramai netizen ‘terkena’. Dengan min sekali pun terkena.

Video yang berdurasi hanya 9 saat ini ternyata berjaya memukau mata netizen dan sehingga kini berjaya meraih lebih dari 500 ribu tontonan di TwitterWow! Tahniah Sofyank!

Pun begitu, apa yang lebih mendapat perhatian dan berjaya mencuit hati netizen adalah sebenarnya gelagat rakan Sofyank yang seakan brainfreeze ketika makan aiskrim di belakangnya.

1 5

2 5

3 4

Konten Sofyank always win lah!

 

Baca: Tak berkelip mata kalau tengok vid dia ni [VIDEO] Sekali Lagi Sofyank Pukau Netizen Dengan Bakat Video

Capture 16

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.