in

“Mengandungkan orang lepastu blah” – Ex-GF ‘Expose’ Perangai Penyanyi Baru?

Syaz Ft 2024 07 29T113419.335

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba tular satu video di TikTok yang merupakan satu pendedahan berkenaan seorang penyanyi baru yang mempunyai lagu yang sangat viral.

Pendedahan itu ditulis oleh bekas teman wanita penyanyi itu, dia mendakwa penyanyi lelaki tersebut pernah mengandungkan wanita dan tidak bertanggungjawab serta pernah melanggan pelacur.


Artikel berkaitan: Suami Curang Berzina Siap Rakam Video, Isteri Tanggung Derita Hidap HIV

Artikel berkaitan: Kes Bunuh Penyanyi Di Klang, Pengadu Sempat Rakam Kejadian Ketika ‘Call’ Polis

Cats 26

Dalam tangkap layar itu, wanita berkenaan juga berkongsi dia sudah tidak tahan dengan perangai penyanyi itu dan tidak mahu meneruskan hubungan mereka.

Dia turut memaparkan gambar ketika mereka berdua dalam kesusahan dan membuat kerja menghantar makanan bersama.

“Stop nak buat mulut pasal aku hanya semata nak tutup perangai sang*p kau,” tulisnya lagi.

Di ruangan komen video tersebut, dapat dilihat ada yang mendakwa penyanyi itu yang meninggalkan wanita tersebut kerana dia seorang ‘call girl’ namun rakan-rakan kepada wanita itu tampil mempertahankan wanita tersebut.

1 20

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan dari mana-mana pihak termasuklah penyanyi itu sendiri.

Uish berat ni…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.